eToro
Oleh eToro
1 Pendapat

Kemas kini: Bagaimana had ESMA baharu diguna pakai pada kedudukan terbuka

Seperti yang anda telah ketahui, peraturan baharu Pihak Berkuasa Sekuriti & Pasaran Eropah (ESMA) telah berkuat kuasa semalam (1 Ogos). ESMA telah menyerahkan kemudahan kedudukan terbuka kepada kebijaksanaan syarikat masing-masing dan seperti yang pernah dikomunikasikan kepada pelanggan kami, eToro memilih UNTUK TIDAK memohon sekatan baharu ke atas kedudukan lama, untuk mengelakkan gangguan ke atas perdagangan pelanggan yang sedia ada. Untuk memperjelas: Kami tidak mengubah tetapan Hentikan Kerugian untuk kedudukan terbuka.

Walau bagaimanapun, peraturan ESMA telah menyatakan bahawa pesanan baharu, yang termasuk pelarasan ke atas tetapan Hentikan Kerugian anda, hendaklah mengikut garis panduan baharu. Ini bermakna jika seorang pedagang memutuskan untuk mengedit Hentikan Kerugian pada kedudukan yang telah dibuka kepada tetapan di atas 50%, batasan margin baharu akan dikenakan. Kami ingin menekankan hakikat bahawa mengedit kedudukan Hentikan Kerugian sedia ada dianggap sebagai pelaksanaan pesanan baharu.

Penduduk EEA yang ingin meneruskan penggunaan leveraj lebih tinggi daripada had ESMA, boleh memohon Status Profesional Elektif dengan mengisi borang ini. Terdapat kriteria yang ketat untuk peralihan ini dan jika permohonan anda memenuhi kriteria, seorang pengurus akaun akan menghubungi anda.

Penduduk bukan EEA yang ingin meneruskan penggunaan leveraj lebih tinggi daripada had ESMA, mempunyai pilihan untuk berpindah ke eToro Australia Capital Ltd, satu entiti yang dikawal selia oleh ASIC.
Sebagai seorang pelanggan kepada eToro Australia ASIC, anda akan mendapat manfaat daripada undang-undang dan peraturan Australia berkenaan dengan wang pelanggan dan perlindungan pelanggan runcit yang lain. Oleh kerana anda tidak lagi menjadi pelanggan kepada eToro (Europe) Ltd, anda tidak lagi akan menerima perlindungan pelanggan yang ditawarkan di bawah peraturan CySEC.

Pelanggan yang ingin mengikuti salah satu daripada pilihan ini boleh melakukannya dengan membuka perdagangan baharu, memohon tetapan leveraj yang tinggi dan mengikuti langkah-langkah dalam tetingkap pop timbul. Anda tidak perlu memenuhi perdagangan, tetapi dengan menggunakan leveraj yang tinggi, anda akan diberikan pilihan untuk terus berdagang dengan leveraj yang lebih tinggi.

1 Pendapat