Apakah ESMA dan bagaimana ia mempengaruhi pengalaman perdagangan saya?

Apakah ESMA dan bagaimana ia mempengaruhi pengalaman perdagangan saya?

Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA) baru-baru ini telah mengumumkan langkah-langkah baharu bagi perdagangan produk CFD untuk pelanggan runcit. Langkah-langkah ini termasuk sekatan leveraj (diperincikan di bawah), perlindungan baki negatif dan sekatan Margin Penutup, yang semuanya telah diperkenalkan untuk melindungi pelanggan runcit. 
 
Sekatan baharu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018.
 
Sebagai sebuah platform dagangan yang dikawal selia, eToro akan mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan seperti di atas.
 
Menurut langkah-langkah campur tangan ESMA yang baharu, kadar leveraj hanya boleh ditawarkan antara margin 2:1 dan 30:1, bergantung kepada instrumen tertentu. 
 
Batasan leveraj baharu adalah seperti berikut:

  • 30:1 bagi pasangan mata wang utama (seperti EUR/USD)
  • 20:1 bagi pasangan mata wang bukan utama (seperti EUR/NZD), emas dan indeks utama
  • 10:1 untuk komoditi dengan pengecualian ke atas ekuiti emas dan indeks bukan utama
  • 5:1 untuk CFD saham
  • 2:1 untuk mata wang kripto

 
Margin Penutup akan ditetapkan pada 50%, yang bermaksud bahawa tetapan Hentikan Kerugian pada eToro akan dihadkan kepada maksimum 50% bagi setiap dagangan.


Sila ambil perhatian:

  1. Perubahan di atas tidak akan menjejaskan kedudukan terbuka. Walau bagaimanapun, jika anda memutuskan untuk mengedit kedudukan semasa anda, keperluan margin baharu (50%) akan dikenakan pada perdagangan tersebut.
  2. Pada 29 Julai 2018, semua pesanan terbuka dengan leveraj 25:1 akan dikurangkan secara automatik kepada leveraj 20:1.
  3. Had baharu tidak akan terpakai kepada kedudukan yang disalin, dengan syarat pedagang yang disalin diklasifikasikan sebagai Pelanggan Profesional.

 

Bagaimanakah saya akan tahu jika perubahan ini melibatkan saya?
 

Perubahan di atas akan dikenakan kepada semua pelanggan eToro, kecuali mereka yang mempunyai status Pelanggan Profesional Elektif.

Pelanggan yang mempunyai status Profesional Elektif layak mendapat faedah tertentu, namun, mereka tidak berhak mendapat perlindungan yang sama seperti pelanggan runcit.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang dimaksudkan sebagai pelanggan Profesional Elektif dan bagaimana untuk memohon, sila lihat catatan blog yang berkaitan.