Had Hentikan Kerugian dan Margin Penyelenggaraan

Hentikan Kerugian maksimum yang dibenarkan apabila anda membuka kedudukan adalah 50% daripada jumlah kedudukan (dengan pengecualian kedudukan BELI bukan leveraj).

Had ini mengurangkan kemungkinan risiko kepada modal anda sekiranya terdapat pergerakan ketara dalam pasaran.

Anda boleh menambahkan Hentikan Kerugian anda di luar had ini sebaik sahaja dagangan dibuka. Dengan berbuat demikian, mendapatkan dana daripada baki anda yang tersedia sebagai sebahagian daripada ciri Margin Penyelenggaraan kami, yang bertindak sebagai jaring keselamatan tambahan untuk dagangan anda. Adalah penting untuk diberikan perhatian bahawa jika anda tidak mempunyai dana yang mencukupi dalam baki anda, anda tidak akan dapat menambahkan Hentikan Kerugian anda.

 

Bagaimanakah Margin Penyelenggaraan berfungsi?

Katakan anda melabur sebanyak $1000 dalam perdagangan dengan Hentikan Kerugian yang ditetapkan kepada kerugian maksimum yang dibenarkan: 50% (yang bermaksud perdagangan akan ditutup setelah kedudukan mencapai kerugian sebanyak $500). Jika anda ingin menambahkan Hentikan Kerugian kepada 100% apabila perdagangan dibuka, tambahan $500 akan diperuntukkan daripada baki anda kepada jumlah yang dilaburkan, menjadikan jumlah pelaburan yang dilaburkan kepada $1500, dan Hentikan Kerugian berjumlah $1000. 'Tambahan' sebanyak $500 adalah merupakan apa yang kita kenali sebagai 'margin penyelenggaraan'.

Adalah penting untuk diingatkan bahawa margin penyelenggaraan biasanya berdasarkan pada amaun yang dilaburkan di peringkat awal, jadi jika anda telah meningkatkan saiz perdagangan yang anda ingin kemas kini, melalui pelanjutan HK sebelumnya, jurang antara jumlah semasa yang dilaburkan dan margin penyelenggaraan 50% akan menjadi lebih besar.

 

Mengapa kami memerlukan margin penyelenggaraan?

Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, harga boleh turun dan naik dengan pergerakan yang besar. Oleh itu, sekiranya anda menetapkan HK anda kepada 100% daripada jumlah yang dilaburkan dan terdapat kenaikan harga secara tiba-tiba, anda mungkin kehilangan lebih banyak daripada jumlah yang anda mula-mula melabur. Margin penyelenggaraan membantu mencegah keadaan ini dengan menggunakan dana dari baki anda untuk dijadikan sebagai penampan dagangan.