Mengapa saya perlu menambah dana untuk membuka kedudukan saya?

Bagi membuka kedudukan Beli atau Jual yang baharu, anda perlu mempunyai dana dalam baki anda yang tersedia.

Dagangan CFD adalah berdasarkan strategi dan sentimen:

  • Seorang pelabur yang percaya bahawa harga instrumen akan meningkat dalam nilai akan membuka kedudukan BELI.
  • Seorang pelabur yang percaya bahawa harga instrumen akan menurun dalam nilai akan membuka kedudukan JUAL.

Dengan menutup kedudukan tersebut, dana yang dilaburkan ditambah/tolak sebarang keuntungan kerugian yang dibuat ke atas pelaburan akan dikembalikan kepada baki akaun anda.

Adalah penting untuk diperhatikan bahawa setiap kedudukan BELI atau JUAL adalah transaksi yang berasingan. Dengan kata lain, membuka kedudukan JUAL pada instrumen yang sudah anda dagangkan tidak akan menutup kedudukan BELI anda. Setiap kedudukan merupakan pelaburan yang unik.

Bagi mendapatkan bantuan tentang bagaimana untuk menutup kedudukan, klik di sini.