Apakah leveraj?

Leveraj, atau dikenali sebagai tahap risiko, adalah pinjaman sementara yang diberikan kepada pedagang oleh pihak broker. Ia membolehkan anda, sebagai pedagang, untuk membuka dagangan dengan saiz yang lebih besar menggunakan jumlah modal yang lebih kecil yang dilaburkan. Leveraj ditunjukkan dalam bentuk pengganda yang menunjukkan berapa besar lagi daripada amaun yang anda laburkan dalam kedudukan yang bernilai.

Cara terbaik untuk memahami leveraj adalah melalui contoh bagaimana ia mempengaruhi potensi keuntungan atau kerugian anda. Sekiranya anda berdagang dengan tiada leveraj sama sekali dan melabur $1,000, untuk setiap 1% pergerakan di pasaran anda boleh mendapat atau kehilangan $10, yang bersamaan dengan 1% dari $1,000.

Sebagai perbandingan, jika anda melabur sebanyak $1,000 yang sama dan berdagang menggunakan leveraj x10, nilai kedudukan dolar anda akan bersamaan dengan $10,000.

1% daripada $10,000 bersamaan dengan $100, jadi untuk setiap pergerakan sebanyak 1% di pasaran, anda akan dapat memperoleh atau kehilangan $100.

 

Apabila membuka dagangan, anda boleh membuat keputusan sama ada anda ingin menggunakan leveraj atau tidak. Instrumen yang berbeza mempunyai jumlah leveraj maksimum yang berbeza, mengikut undang-undang yang berkuat kuasa, tetapi eToro boleh memilih untuk mengurangkan leveraj ke atas tawaran pada bila-bila masa.

Jumlah leveraj maksimum berikut ditakrifkan oleh Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA) dan diguna pakai kepada pelanggan runcit eToro (Europe) Ltd (dikawal selia oleh CySEC) dan eToro (UK) Ltd (dikawal selia oleh FCA), serta bidang kuasa tambahan di mana eToro beroperasi:

  • x30 bagi pasangan mata wang utama (seperti EUR/USD)
  • x20 bagi pasangan mata wang bukan utama (seperti EUR/NZD), Emas dan indeks utama
  • x10 bagi komoditi selain daripada Emas dan indeks ekuiti bukan utama
  • x5 bagi CFD saham dan ETF
  • x2 untuk mata wang kripto

 

Mana-mana pelanggan runcit yang memenuhi kriteria tertentu boleh memilih dan memohon untuk menjadi pelanggan Profesional Elektif untuk membolehkan beliau berada di luar had tersebut.  Sila layari laman web halaman Pedagang Profesional kami atau catatan blog yang relevan.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa pelanggan dengan status Profesional Elektif tidak berhak kepada semua perlindungan untuk pelanggan runcit di bawah peraturan CySEC atau FCA. Tambahan pula, pelanggan eToro Australia Capital Pty adalah tertakluk kepada jumlah leveraj maksimum yang berbeza dan perlindungan kawal selia.

 

Sila ambil perhatian bahawa penggunaan leveraj memberikan tahap risiko yang lebih tinggi kerana leveraj boleh meningkatkan keuntungan dan juga kerugian. Jika anda menggunakan leveraj pada perdagangan dan pasaran bergerak tidak seperti yang anda inginkan, kerugian setiap mata dalam peratusan akan lebih tinggi berbanding jika leveraj tidak digunakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Leveraj, sila layari pautan berikut: https://www.etoro.com/ms-my/trading/academy/leverage-margin/

 

Untuk mengetahui akaun anda tertakluk kepada peraturan yang mana, sila klik di sini.