Apakah Pesanan?

Platform eToro membolehkan anda menetapkan dua jenis pesanan: pesanan pasaran dan pesanan tertunggak.

Anda boleh membuka pesanan pasaran setiap kali pasaran yang anda ingin melabur ditutup, dan ini mungkin pada hujung minggu atau masa rehat pasaran harian yang lain. Menempatkan pesanan pasaran bermakna perdagangan akan dilaksanakan pada kadar pertama yang tersedia sewaktu pasaran dibuka.

 

 

Anda boleh membuka pesanan tertunggak pada bila-bila masa dan pesanan anda akan ditukarkan ke kedudukan apabila pasaran mencapai kadar sasaran yang anda pilih dalam tetingkap Buka Pesanan. Ia boleh dilaksanakan dalam julat kadar bergantung kepada pergerakan pasaran dan keadaan turun naik. Julat yang dibenarkan berbeza-beza mengikut instrumen. Untuk senarai penuh julat pesanan bagi setiap instrumen, sila layari pautan ini.

 

Dalam Portfolio anda, klik pada dua anak panah yang berlawanan untuk melihat apa-apa pesanan yang belum dilaksanakan ke dalam kedudukan:

https://etoro.nanorep.co/storage/nr1/kb/2644A/2645B/44A822FC/8/Orders%202.PNG

Jika anda ingin membatalkan pesanan, klik pada  X berwarna merah di sebelah kanan. Setelah dibatalkan, dana yang telah diperuntukkan untuk pesanan tersebut akan dimasukkan ke dalam baki akaun anda dan akan tersedia untuk diperdagangkan semula.