Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak dapat melihat dana saya yang telah dikeluarkan?

Sebaik sahaja pengeluaran diminta, ia akan mengambil masa sehingga 1 hari bekerja untuk disemak dan diproses oleh eToro, dengan syarat kami telah menerima semua dokumentasi yang diperlukan.

Sebaik sahaja pengeluaran anda diproses oleh eToro, anda akan menerima e-mel yang mengesahkan kaedah pembayaran yang mana dana akan dihantar. Anda juga boleh menyemak kaedah pembayaran yang mana dana dihantar dengan mengklik pada tab Portfolio dan kemudian pada ikon Sejarah. Adalah penting untuk diberikan perhatian bahawa bayaran biasanya dihantar kembali melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan untuk melakukan deposit.

Dari saat pengeluaran anda diproses oleh eToro, ia mungkin mengambil masa sehingga 8 hari bekerja untuk dana muncul di dalam akaun anda, bergantung pada penyedia pembayaran yang terlibat.

Jika lebih daripada 8 hari bekerja telah berlalu dan dana anda masih belum muncul pada penyata kaedah pembayaran yang mana dana anda dikeluarkan, sila buat aduan di Pusat Khidmat Pelanggan kami . Sila lampirkan salinan penyata daripada penyedia pembayaran anda yang menunjukkan urus niaga masuk dan keluar dari masa pengeluaran diproses sehingga masa anda menghubungi kami. Sila pastikan kami dapat melihat nama anda, tarikh transaksi dan butiran lengkap kaedah pembayaran; keterangan lain boleh disembunyikan.

Pasukan Khidmat Pelanggan kami sentiasa bersedia untuk menjelaskan prosedur dan membantu anda dalam menjejaki dana anda.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pengeluaran di sini.