Kelab eToro

Untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang kami hargai, kami telah mewujudkan Kelab eToro, satu program kesetiaan berterusan yang terdiri daripada beberapa peringkat, masing-masing dengan faedah dan ganjaran yang tersendiri.

 

Peringkat yang berlainan daripada Silver hingga ke Diamond, bergantung kepada ekuiti anda:

 

  • Ahli Silver mendapat akses yang eksklusif kepada siaran web pasaran mendalam eToro, Ejen Kejayaan Pelanggan khusus untuk meningkatkan pengalaman ahli Kelab anda dan akses pertama kepada produk, ciri-ciri dan aset dagangan yang baharu. Serta kad debit eToro (akan datang).

  • Ahli Gold menerima tawaran yang sama seperti peringkat Silver serta akses kepada siaran web secara langsung, kemas kini analisis pasaran dan kemudahan kredit eToro, serta akses kepada pengurus akaun yang dikhaskan.

  • Ahli Platinum menerima tawaran yang sama, ditambah dengan kelebihan seperti peringkat Gold: tanpa yuran pengeluaran; langganan percuma Wall Street Journal, akses ke aplikasi Delta PRO dengan pertukaran tanpa had dan sambungan dompet, harga dalam masa nyata dan penyegerakan automatik merentasi peranti; dan platform isyarat Pusat Dagangan kami yang membantu membentuk keputusan pelaburan yang yakin, tepat pada masanya dan bermaklumat.

  • Ahli Platinum+ menerima pelbagai tawaran dan perkhidmatan daripada peringkat sebelumnya, serta akses eksklusif kepada acara sukan dan budaya istimewa dan banyak lagi.

  • Sebagai ahli peringkat paling eksklusif kami, ahli Diamond menerima semua di atas serta akses kepada langganan Financial Times dan pengecualian yuran pertukaran. Ahli Diamond juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara Diamond berprestij eToro yang berlangsung di lokasi-lokasi yang berlainan di seluruh dunia. *Malangnya disebabkan COVID-19 semua acara telah ditangguhkan.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan dan manfaat setiap peringkat, sila semak Halaman Kelab eToro.