Bolehkah saya mendeposit melalui Giropay?

Ya boleh. Giropay (Sofortüberweisung) membolehkan bayaran dibuat secara langsung dan masa nyata terus dari bank dalam talian anda. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda memerlukan nombor pelanggan anda, BSB atau BLZ (Kod Cawangan), PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) dan TAN (Nombor Kebenaran Transaksi).

 

Untuk melakukan deposit menggunakan Sofortüberweisung, pilih pilihan “Sofortüberweisung” dalam Juruwang dan masukkan jumlah yang anda mahu depositkan.

 

Anda kemudian akan diarahkan ke halaman pembayaran yang selamat di mana anda akan diminta memasukkan maklumat berikut:

  • Nama dan nombor akaun
  • Kata laluan dalam talian dan TAN untuk mengesahkan pembayaran

 

Sebaik sahaja anda mengesahkan transaksi anda, anda akan diarahkan kembali ke Juruwang, di mana anda akan menerima pemberitahuan keputusan transaksi.

 

Dalam beberapa minit, akaun dagangan anda bakal dikreditkan dengan dana. Sekiranya permintaan anda tidak diluluskan atas apa-apa sebab, anda akan dimaklumkan melalui e-mel.

 

Urus niaga ini akan ditunjukkan sebagai 'eToro (Europe) Ltd.' dalam penyata kewangan penyedia pembayaran anda.