Apakah Copy Dividend?

Sekiranya pedagang yang anda salin mengeluarkan wang, jumlah yang berkadar akan dikeluarkan daripada peruntukan salinan anda dan dihantar semula ke baki akaun anda. Jumlah ini dipanggil Copy Dividend.

Copy Dividend bermakna anda dapat menikmati keuntungan para pedagang yang anda salin semasa anda menyalinnya (tidak hanya setelah hubungan salin telah berakhir).

Sebagai contoh, Pedagang X mempunyai $10,000 dalam akaun beliau. Anda memperuntukkan $1,000 kepada pedagang ini dan selepas beberapa minggu, dia telah membuat keuntungan sebanyak $2,000. Sekiranya Pedagang X memutuskan untuk mengeluarkan keuntungan, jumlah yang berkadar untuk anda - $200 - akan dikeluarkan daripada peruntukan salinan anda dan dihantar semula ke baki akaun anda supaya anda juga dapat menikmati keuntungan tanpa perlu menunggu salinan tersebut ditutup.

Selain itu, sekiranya pedagang yang anda salin menambah dana ke akaun beliau, anda akan menerima pemberitahuan supaya anda boleh memutuskan sama ada anda ingin menambahkan lebih banyak dana kepada peruntukan salinan.

Sila ambil perhatian: Sekiranya anda tidak mempunyai dana dalam baki salin anda, anda tidak akan menerima Copy Dividend.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.