Adakah saya memiliki aset kripto saya?

Di eToro, sesetengah kedudukan dijamin dengan aset sebenar dan yang lain menggunakan CFD.

  • Dagangan aset kripto sebenar bermakna kami membeli token bagi pihak anda dan mendaftarkannya dalam akaun berasingan di bawah nama anda. Setelah kedudukan ditutup, kami akan menjual syiling bagi pihak anda dan jumlah yang dilaburkan +/- apa-apa keuntungan atau kerugian akan ditukarkan kepada mata wang fiat.
  • CFD bermaksud Kontrak untuk Perbezaan. Dagangan CFD membolehkan anda untuk berdagang aset dengan melibatkan diri dalam kontrak dengan eToro untuk meniru keadaan pasaran tanpa membeli aset asas. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang CFD. Sebarang perdagangan CFD akan ditandakan 'CFD' dalam barisan perdagangan.

 

Jenis kedudukan kripto bergantung pada arah perdagangan (BELI atau JUAL), penggunaan leveraj dan peraturan yang berkaitan dengan anda. Untuk mengetahui akaun anda tertakluk kepada peraturan yang mana, sila klik di sini.

 

Bagi para pelanggan eToro (Europe) Ltd.:

  • Semua kedudukan JUAL (pendek) adalah CFD.
  • Dari 3 September 2017, kedudukan BELI (panjang) kripto tanpa leveraj adalah dijamin dengan aset sebenar. Mana-mana kedudukan yang dibuka sebelum tarikh ini akan dinaik taraf kepada aset sebenar pada 13 Mei 2018.
  • Dari 12 Ogos 2019, kedudukan BELI kripto dengan leveraj x2 (tidak termasuk perdagangan salinan dan transaksi CopyPortfolio) dijamin dengan aset sebenar. "Dagangan Margin" digunakan untuk mengenakan leveraj pada dagangan ini.

 

Bagi pelanggan eToro (UK) Ltd, semua kedudukan dengan leveraj dan kedudukan JUAL (pendek) kripto adalah CFD. Kedudukan BELI (panjang) kripto tanpa leveraj adalah dijamin dengan aset sebenar.

 

Bagi pelanggan eToro Aus Capital Pty Ltd, semua kedudukan adalah CFD.