Bagaimanakah saya boleh menjadikan akaun saya lebih selamat?

Keselamatan dan privasi anda adalah sangat penting. Oleh itu, platform eToro mempunyai banyak langkah untuk melindungi komuniti dagangan aktif kami.

Kami melindungi maklumat anda dengan menggunakan teknologi keselamatan data dan menggunakan alat seperti firewall dan penyulitan data.

Semua pedagang diminta menggunakan nama pengguna dan kata laluan peribadi untuk mengakses akaun mereka secara dalam talian.

Kami juga menawarkan pilihan untuk mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor ("2FA") dalam akaun anda yang memerlukan anda untuk memasukkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit anda melalui SMS untuk mengakses akaun anda. Ia adalah satu lapisan keselamatan tambahan yang anda boleh hidupkan atau matikan dalam Tetapan Akaun.

Sekiranya anda menandakan kotak 'ingat peranti ini', peranti anda akan diingati selama 30 hari. Anda akan menerima kod baharu selepas 30 hari, atau lebih awal jika anda menukar pelayar atau peranti anda. Ciri ini adalah pilihan.