StocksSnapchat IncSNAP

SNAP

Snapchat Inc

62.53 0.09 (0.14%)
Harga Tertunda Oleh NASDAQ, dalam USD Pasar ditutup
Berdagang
S
62.53
B
62.67

Gambaran Keseluruhan

Penutupan sebelumnya62.53
Julat Hari61.00 - 63.67
Julat 52 ming.7.88 - 65.16
Jumlah Purata (3m)21.69M
Pulangan 1-Tahun255.49%
Beta1.0751
Modal Pasaran94.42B
Nisbah P/E
Pendapatan2.51B
EPS-0.6522
Dividen (Hasil)0 (0%)
1 Hari 1 Minggu 1 Bulan 3 Bulan 6 Bulan 1 Tahun 3 Tahun Maksimum
Masa carta dalam UTC
Industri Internet Software Or Services
Ketua Pegawai Eksekutif Evan Thomas Spiegel
Pekerja 3,863

RINGKASAN KEWANGAN

Pendapatan bagi tahun fiskal berakhir 31/12/2019: Snapchat Inc increased sebanyak 45.33% dan berjumlah 1.72B. Pendapatan bersih increased sebanyak 17.70% kepada -1.03B. Aset bersih decreased sebanyak 2.21% kepada 2.26B dan EPS increased daripada -0.97 kepada -0.75.
SNAP Perhubungan Pelabur
Penyata PendapatanKunci Kira-kiraPenyata Aliran Tunai
Sukuan Tahun
Margin Kasar
50.25%
Margin Keuntungan Bersih
-149.84%
Margin Operasi
-33.99%
Pulangan Atas Pelaburan
-50.79%
12/19
03/20
06/20
09/20
Jumlah Pendapatan
560.89M
462.48M
454.16M
678.67M
Keuntungan Kasar
291.73M
209.07M
188.31M
369.38M
Pendapatan Operasi
-153.6M
-270.69M
-310.61M
-167.86M
Pendapatan Bersih
-240.7M
-305.94M
-325.95M
-199.85M

Profil

Melabur dalam SNAP: Apa yang perlu dipertimbangkan

Tidak seperti syarikat teknologi utama lain, IPO Snap telah menarik banyak perhatian. Mencapai penilaian melebihi $30 bilion, saham SNAP kelihatan seperti pilihan pelaburan yang menarik. Walau bagaimanapun, selepas jatuh 19% di bawah harga dagangan awal semenjak ia diperkenalkan, saham tersebut telah mewujudkan sedikit kebimbangan di kalangan pelabur. Adalah agak biasa bagi saham syarikat berteknologi untuk mengalami kejatuhan selepas rangsangan pasca IPO, dan memandangkan trend yang serupa telah dialami oleh Twitter dan LinkedIn selepas mereka disenarai awam, Snap Inc. berada dalam situasi yang baik. Ikuti penerbitan dan laporan kewangan SNAP (NYSE: SNAP) di Halaman Perhubungan Pelabur.

Namun, walaupun sokongan itu diperoleh daripada pedagang dan pelabur, Snap, yang kehilangan kira-kira $514 juta pada tahun 2016, mungkin menghadapi masa yang sukar jika gagal untuk terus berkembang dan menguntungkan. Menjelang IPO, pihak syarikat telah membuat pernyataan bahawa mereka mungkin tidak akan mencapai keuntungan - namun pernyataan tersebut tidak menghalang pelabur.

Snap Inc. melabelkan dirinya sebagai sebuah syarikat kamera, yang bermaksud ia boleh mengusahakan teknologi baharu yang berkisar di sekitar aplikasi pesanan ringkas Snapchat dan cermin pintarnya. Dengan hampir 160 juta pengguna aktif dan penampilan ketara dalam pasaran lebih muda, terdapat pertumbuhan dan potensi menjana keuntungan untuk syarikat. Memandangkan syarikat itu telah menerima tawaran pengambilalihan berjumlah $3 bilion daripada Facebook pada tahun 2013, dan membeli pesaing Snap, MSQRD, terdapat kemungkinan ramai pelabur memegang saham yang sedang menunggu pertukaran, dengan harapan pengambilalihan oleh pemain teknologi utama akan memberi mereka pulangan yang tepat mengenai pelaburan.

Siapa yang harus memasukkan Snap Inc. dalam portfolio mereka?

  1. Pedagang-pedagang teknologi: Tanpa mengira ketidaktentuan yang dilihat dalam harga SNAP dalam hari-hari selepas IPO, ia masih merupakan sebuah syarikat teknologi yang memiliki beberapa teknologi yang inovatif. Pedagang dan pelabur yang yakin kepada syarikat dan sektor teknologi akan cenderung membeli saham SNAP.
  2. Mereka yang percaya kepada potensi Snapchat: Snap sudah mempunyai pengguna, ia hanya perlu mencari cara untuk mendapatkan keuntungan yang lebih baik. Sekiranya mereka berjaya melakukannya, saham syarikat boleh meningkat naik dan Snap mungkin meletakkan diri di kedudukan yang sejajar dengan gergasi industri.
  3. Pedagang jangka panjang: Dalam jangka masa yang lebih panjang, masih terdapat peluang yang Snap Inc. akan peroleh melalui Facebook atau syarikat lain yang mahukan pangkalan pengguna dan teknologi pengenalan wajahnya. Jika itu berlaku, para pemegang saham mungkin dapat melihat peningkatan besar dalam nilai, dan pedagang mungkin dapat melihat peningkatan harga.

Apakah yang memacu harga saham Snap?

Pada hari-hari sekitar IPO, terdapat banyak perbincangan dan spekulasi, yang menjejaskan harga saham SNAP. Walaupun sesetengah orang percaya ia bakal menjadi Facebook seterusnya, yang lain berfikir ia adalah terlalu mahal. Di sebalik spekulasi, masih terdapat kekuatan dunia nyata yang mempengaruhi sahamnya.