CryptocurrenciesDashDASH

DASH

Dash

146.24 54.33 (59.11%)
Harga mengikut eToro, dalam USD Pasar terbuka
Berdagang
S
146.24
B
150.54

Gambaran Keseluruhan

Penutupan sebelumnya91.91
Julat Hari135.62 - 147.94
Julat 52 ming.32.00 - 155.89
Pulangan 1-Tahun11.77%
1 Hari 1 Minggu 1 Bulan 3 Bulan 6 Bulan 1 Tahun 3 Tahun Maksimum
Created with Highcharts 4.2.7 /Highstock 4.2.730/08/202011/11/202023/01/202180.00100.00120.00140.00160.00
Masa carta dalam UTC

Profil

Melabur dalam Dash: Apa yang perlu dipertimbangkan

Dash merupakan salah satu daripada 10 mata wang kripto terbaik dunia dan pada tahun 2017, telah berjaya menjadi ahli kelab pasaran modal $1 bilion. Direka untuk kepantasan dan tanpa nama, Dash menjadi semakin popular sejajar dengan perkembangan industri mata wang kripto, dipilih sebagai satu bentuk pembayaran oleh kebanyakan vendor, kadang-kadang menggantikan Bitcoin (BTC). Diwujudkan pada tahun 2014, semasa kepercayaan terhadap pasaran mata wang kripto begitu rendah, Dash berjaya mengharungi cabaran tersebut dan menetapkan dirinya sebagai mata wang yang sah.

Siapa yang harus memasukkan Dash dalam portfolio mereka?

  1. Peminat mata wang kripto: Oleh kerana pasaran duit syiling digital terus berkembang, melabur dalam DASH boleh mewujudkan portfolio pelaburan berasaskan kripto yang seimbang.

  2. Penggemar kepantasan: Salah satu kelemahan utama Bitcoin adalah masa memproses yang begitu perlahan, yang membuatkan beberapa vendor memilih Dash berbanding Bitcoin, disebabkan pemprosesan Dash yang lebih cepat.

  3. Pelabur Bitcoin: Sejak sekian lama, kejatuhan harga Bitcoin adalah disebabkan kelemahannya yang terlalu perlahan, DASH boleh digunakan sebagai alat lindung nilai.

  4. Pedagang mata wang: Dash dipasangkan dengan lebih daripada 20 mata wang utama di pelbagai bursa. Oleh itu, ia boleh digunakan sebagai sebahagian daripada portfolio berasaskan mata wang yang seimbang.

Apakah yang mendorong harga Dash?

Seperti kebanyakan mata wang kripto, harga token DASH dipengaruhi oleh faktor dalaman dalam pasaran mata wang kripto, terutamanya turun naik harga Bitcoin, disebabkan BTC adalah mata wang yang terbesar. Walau bagaimanapun, Dash telah memisahkan dirinya daripada mata wang utama lain dengan fungsi tanpa nama, struktur pentadbiran yang unik dan masa pemprosesan yang pantas. Oleh itu, pergerakannya mungkin tidak sehaluan dengan mata wang lain di pasaran kripto. Antara faktor-faktor lain, harganya boleh dipengaruhi oleh:

  1. Pengambilan untung: Tidak lama selepas Dash memasuki kelab satu bilion dolar pada bulan Mei 2017, ia mengalami penurunan harga, bergerak di bawah paras $1 bilion. Ini adalah ekoran daripada tindakan para pedagang yang mengaut keuntungan daripada peristiwa penting.

  2. Penerimaan arus perdana: Dari segi praktikal, banyak bursa dan vendor memihak kepada Dash berbanding mata wang lain. Oleh itu, ia secara beransur-ansur diterima oleh lebih banyak institusi, menyebabkan kadar kesahihannya semakin meningkat.

  3. Peningkatan persaingan pasaran: Pasaran mata wang kripto masih agak baru dan semakin ia diterima sebagai pasaran utama, persaingan secara langsung antara mata wang akan meningkat. Dalam situasi sedemikian, Dash mempunyai kelebihan berbanding kebanyakan mata wang yang lain.

Dash: Organisasi Autonomi Tidak Berpusat

Tidak seperti mata wang kripto lain, Dash merupakan Organisasi Autonomi Tidak Berpusat (DAO). Ini bermakna beberapa keputusan yang dibuat di dalam komuniti diserahkan kepada undi dan masternode , iaitu ahli komuniti yang menyediakan 1,000 DASH sebagai cagaran dan berfungsi sebagai pemudah cara dan mendapat peluang untuk mengundi. Satu kelemahan untuk sistem pentadbiran ini adalah komisen sebanyak 10% yang organisasi Dash terima dari setiap blok yang dilombong. Ini bermakna bahawa Dash mempunyai belanjawan yang mantap, diperuntukkan untuk merekrut pengaturcara, serta mengekalkan dan membangunkan infrastruktur perisiannya.

Walaupun perkara tersebut boleh dilihat sebagai satu kelemahan oleh pelombong mata wang kripto, ia sebenarnya boleh mendatangkan manfaat kepada Dash untuk jangka masa panjang. Sistem DAO membolehkan pengguna Dash untuk menikmati kebebasan dan tanpa nama yang ditawarkan oleh mata wang kripto, sambil membolehkan komuniti mempunyai lebih banyak kawalan dan keselamatan.

Satu lagi kelebihan sistem ini ialah ia membolehkan penggunaan masternode untuk dua produk utama Dash: PrivateSend, yang membolehkan pengguna membuat urusniaga tanpa mendedahkan identiti sepenuhnya dan InstaSend, yang memudahkan pemindahan segera sehingga 1,000 DASH - ciri yang sangat jarang berlaku dalam pasaran mata wang kripto.

Komuniti Dash diketahui sangat terlibat dalam membincangkan pelbagai aspek mata wang dan dianggap komuniti mata wang kripto yang paling aktif.

Sejarah Dash

Dicipta pada tahun 2014 oleh Evan Duffield, Dash pada asalnya dipanggil XCoin dan direka bentuk terutamanya untuk tujuan kelajuan dan tanpa nama. Semasa ia dilancarkan, ruang mata wang kripto penuh dengan penipuan di mana sesetengah pihak akan mewujudkan mata wang, menaikkan nilai mereka dan kemudian meninggalkannya selepas menerima wang mereka. Akibatnya, terdapat kesangsian yang tinggi terhadap mata wang kripto pada masa tersebut.

Namun begitu sewaktu XCoin dilancarkan, sebanyak 1.9 juta DASH telah berjaya dilombong dalam tempoh dua hari pertama. Walaupun perlombongan pesat ini disebabkan oleh masalah teknikal, komuniti Dash telah menolak sebarang cubaan oleh Duffield untuk melancarkan semula atau mengimbangi semula mata wang. XCoin kemudiannya telah dinamakan semula sebagai Darkcoin dan kemudian dijenamakan sekali lagi sebagai Dash (nama pendek untuk "wang tunai digital") pada tahun 2015.

Selama tiga tahun pertama kewujudannya, Dash telah menempa nama sebagai mata wang yang boleh dipercayai dengan kepantasan transaksi yang begitu luar biasa. Ia didagangkan di beberapa bursa di seluruh dunia dan dipasangkan dengan lebih daripada 20 mata wang utama seperti Dolar Amerika Syarikat, Euro dan lain-lain. Sehingga tahun 2017, pasaran modal Dash melebihi $1 bilion dan ia menyumbang sebanyak 5% daripada jumlah perdagangan mata wang kripto global.

Kesimpulan: Keunikan Dash adalah kelebihannya

Dalam pasaran mata wang kripto yang sentiasa berkembang, sukar bagi mereka yang tidak tergolong dalam tiga mata wang utama untuk menonjol. Bitcoin merupakan pelopor dan kemudian muncul Ethereum yang telah menguasai pasaran dengan begitu mengagumkan, jadi mata wang lain seolah-olah berada dalam bayang-bayang mereka. Walau bagaimanapun, ekoran populariti kedua-dua mata wang kripto teratas terus berkembang, pasaran secara keseluruhannya mula menarik minat lebih ramai pelabur dan kesahihannya sebagai peluang perdagangan arus perdana kian bertambah. Dalam pasaran sedemikian, adalah penting untuk menjadi setaraf atau lebih baik daripada pesaing. Setakat ini, Dash berjaya melakukannya dengan baik.

Dash telah mencipta satu kelebihan yang unik untuk pedagang kripto: dengan mewujudkan satu sistem pentadbiran yang unik yang tidak dipusatkan, bersama-sama dengan membangunkan alat untuk memenuhi dua permintaan penting bagi pedagang kripto, iaitu kelajuan dan tanpa nama.

Selain itu, jumlah kiraan duit syiling yang agak rendah hanya lebih 7 juta (berbanding dengan jumlah Bitcoin dan Ethereum masing-masing sebanyak 16 dan 92 juta), ditambah pula dengan penerimaan secara beransur-ansur oleh bursa arus perdana, boleh menarik minat pelbagai pedagang dan pelabur mata wang kripto. Walaupun dilancarkan di tengah-tengah kekecohan mata wang kripto, Dash telah membuktikan bahawa ia adalah mata wang yang stabil dan boleh dipercayai dan boleh terus mengukuhkan statusnya sebagai mata wang kripto terbaik.

*Kandungan ini hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan.

*Prestasi masa lalu bukanlah petunjuk kejayaan masa depan. Semua dagangan melibatkan risiko. Hanya modal berisiko yang anda mampu mengalami kerugian.