Leveraj dan Margin

Apakah Leveraj?

Apabila berdagang secara dalam talian, broker ingin membolehkan pedagang menggunakan lebih banyak dana daripada yang mereka ada, untuk memberi mereka peluang untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan. Oleh itu, broker akan meminjamkan pedagang sejumlah wang pada nisbah tetap (antara 1:2 dan 1:400). Adalah penting untuk diingatkan bahawa kerugian juga merupakan satu leveraj.

Apakah Margin?

Margin adalah jumlah relatif yang diperlukan untuk melaksanakan perjanjian leveraj, dengan mengambil kira sebaran, leveraj, dan penukaran mata wang. Katakan anda mahu melabur sebanyak $1,000 di Apple dengan leveraj 1:10. Margin tersebut adalah 10%, bermakna anda hanya perlu untuk melabur sebanyak $100. Sekiranya harga saham semasa untuk Apple adalah $136, anda akan menerima bersamaan 7.35 saham Apple.

Bagaimanakah Leveraj Berfungsi?

Secara ringkasnya, leveraj adalah satu pinjaman sementara yang diberikan kepada pedagang oleh pihak broker pada nisbah tetap. Menggunakan leveraj, anda boleh membuka dagangan dengan saiz yang lebih besar daripada jumlah sebenar dana yang anda laburkan. Leveraj ditunjukkan dalam bentuk pengganda yang menunjukkan berapa lebih besar daripada amaun yang dilaburkan (jumlah sebenar yang anda labur dalam dagangan) dalam kedudukan terbuka. Di dunia perdagangan, leveraj dianggap sebagai pedang bermata dua, kerana ia melipatgandakan keuntungan, begitu juga kerugian.

Di eToro, leveraj berkisar antara 1:2 dan 1:400, bergantung kepada aset. Misalnya, bagi sebahagian aset, untuk membuka perdagangan $10,000, anda boleh melabur $25 dengan leveraj 1:400. Sebagai alternatif, anda juga boleh berdagang tanpa menggunakan leveraj.

Lebih banyak contoh:

Amaun Dilaburkan Leveraj Saiz Dagangan
$50 1:400 $20,000
$200 1:50 $10,000
$400 1:50 $20,000

 

  • Di eToro, setiap instrumen mempunyai leveraj yang tersendiri di tahap minimum dan maksimum, jadi pastikan untuk memilih tahap leveraj yang sesuai untuk anda.