Tip Dagangan dan Pelaburan

Mengapa anda perlukan tip dagangan ini?

  • Langkah pertama yang anda ambil di platform eToro adalah sangat penting. Jadi, kami telah mengumpulkan tip dagangan dan pelaburan terbaik kami untuk membantu anda membiasakan diri dengan semua alat dan ciri yang tersedia untuk anda. Di sini anda boleh mendapatkan prinsip-prinsip kukuh untuk semua ciri perdagangan dan perdagangan sosial di eToro.

Tip untuk berdagang di eToro

  • Pilih aset anda: Adakah anda sukakan saham? Mata Wang? Mungkin Bitcoin? Setiap kelas aset mempunyai kelebihan dan cabaran yang tersendiri, jadi pastikan anda membiasakan diri dengan setiap satu daripadanya.
  • Kepelbagaian: Mana-mana pedagang akan memberitahu anda bahawa kunci kepada portfolio risiko rendah adalah kepelbagaian. Sebarkan dana anda secara bijak merangkumi pelbagai aset dan kelas aset.
  • Maklumat terkini: Mendapatkan maklumat terkini mengenai berita terkini dan peristiwa-peristiwa kewangan yang akan datang. Anda boleh menggunakan Kalendar eToro untuk melakukannya, dan juga mendapatkan analisa pasaran harian kami melalui e-mel.
  • Pilih cara: Cara anda berdagang boleh berbeza-beza bergantung kepada jumlah modal yang anda miliki, tahap penglibatan anda dan keutamaan-keutamaan lain. Anda boleh memilih untuk menggunakan pendekatan teknikal, yang bergantung kepada membaca carta dan mencari pola, atau pendekatan asas, yang lebih tentang mencuba untuk memahami bagaimana aset akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa atau masa pada sesuatu tahun.
  • Latihan: Apabila anda mendaftar untuk eToro, anda akan mendapat akaun demo dengan $100,000 dalam bentuk wang maya. Gunakannya untuk membiasakan diri dengan perdagangan sebelum mempertaruhkan wang sebenar anda. Anda boleh menggunakan akaun ini untuk melakukan dagangan tradisi dan untuk dagangan salinan.

Tip untuk perdagangan sosial di eToro

  • Cari orang yang sesuai untuk disalin: Gunakan alat Temui Orang untuk mencari pedagang terbaik untuk diikuti dan disalin. Tapis hasil carian berdasarkan skor risiko, keuntungan, negara asal, dan banyak kategori lain.
  • Salin pedagang teratas: Sistem CopyTrader™ adalah cara terbaik untuk mengautomasikan amalan perdagangan anda. Sekiranya anda seorang pedagang yang kurang “melakukan sendiri”, atau tidak mempunyai masa lapang yang cukup, menyalin pedagang yang berpengalaman, secara automatik melakukan segala yang mereka lakukan dalam masa nyata, adalah pilihan yang bagus.
  • Ketahui tentang Pelabur Popular: Pedagang yang berjaya yang memperoleh perkara berikut boleh diterima dalam program Popular Investor eToro. Program tersebut memberi ganjaran kepada pedagang-pedagang ini dengan faedah yang menakjubkan, yang mendorong mereka untuk berkongsi pengetahuan dan perdagangan mereka dengan cara yang penuh tanggungjawab. Sekiranya anda seorang pedagang yang baik, yang menunjukkan pulangan yang baik dengan risiko rendah, anda mungkin layak untuk menyertai program tersebut.
  • Masa adalah segala-galanya: Apabila menyalin pedagang baharu, sila baca profil mereka dan fahami strategi mereka. Ada antara mereka yang mempunyai strategi jangka panjang yang boleh termasuk mengalami kerugian di sepanjang dagangan, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan di akhir dagangan – jadi pastikan anda memahami tujuan sebenar pedagang tersebut.

Tip untuk melabur dalam CopyPortfolios™

  • Memperkenalkan pelaburan bertema ke dalam portfolio anda: Pelaburan bertema adalah cara terbaik untuk melabur secara jangka panjang dan mengurangkan risiko. Baca lebih lanjut mengenainya di blog eToro.
  • Apakah itu CopyPortfolios™: Satu alat kewangan baharu yang dibangunkan oleh eToro. Setiap strategi pelaburan CopyPortfolio mengandungi pelbagai aset atau pedagang dan sentiasa dioptimumkan oleh satu algoritma, yang diprogramkan untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan.
  • Ketahui CopyPortfolio anda: Terdapat tiga jenis CopyPortfolio:
    1. CopyPortfolio Pedagang Terbaik, yang mengumpulkan semua pedagang eToro yang berjaya;
    2. CopyPortfolio Pasaran, yang mengumpulkan pelbagai aset berdasarkan strategi pasaran tertentu; dan
    3. CopyPortfolio Rakan Kongsi, yang terdiri daripada beberapa syarikat perkhidmatan kewangan yang paling inovatif di dunia.
  • Fikirkan jangka panjang: Risiko yang lebih rendah biasanya bermakna hasil yang lebih rendah. Oleh itu, jika anda melabur dalam CopyPortfolio, perlu diingatkan bahawa mereka tidak menawarkan pulangan yang cepat dan direka untuk menjana keuntungan dari masa ke semasa.