eToro
Oleh eToro
18 Pendapat

3 Trend untuk Orang Bujang pada Hari Bujang 2018

Hari Bujang, perayaan berbelanja Cina yang telah lama menjadi fenomena antarabangsa, meraikan ulang tahun ke-10nya pada 11 November.

Tahun demi tahun, syarikat gergasi dagang telah mencatatkan kadar berbelanja yang memecah rekod di seluruh dunia. Tahun lepas, Alibaba telah mencapai $25 bilion dalam sehari, suatu rekod yang mana syarikat bercadang untuk dipecahkan sekali lagi pada tahun 2018. Pesaingnya, JD.com telah melaporkan kenaikan sebanyak 50% dalam jualan, mencecah $20 bilion. Ketika kami menyemak suasana di sekeliling arena dagang pada hari-hari menjelang Hari Bujang 2018, kami melihat tiga trend yang menarik ini:

Mari Dapatkan Fizikal: Pengalaman Luar Talian yang Unik

Walaupun Hari Bujang dianggap tertumpu pada berbelanja secara dalam talian, trend terkini di kalangan syarikat gergasi dagang melibatkan peningkatan kehadiran luar talian mereka. LokasiAmazon New York, yang menjual barang-barang popular dari laman web mega, kemudian diikuti oleh kedai pop timbul di London. Kita dapat melihat bahawa syarikat gergasi runcit sedang menguji pasaran di luar talian dan ingin melihat bagaimana kegilaan membeli-belah pada Hari Bujang akan mempengaruhi kedai fizikal mereka.

Sementara itu, Alibaba telah mengumumkan program “Peruncitan Baharu” dan menyediakan satu barisan pengalaman dalam kedai untuk mengiringi festival membeli-belah dalam talian; kedai pop timbul, diskaun luar talian istimewa dan perkongsian unik dengan Starbucks hanyalah suatu permulaan.

Kita juga boleh mengandaikan bahawa pengalaman Hari Bujang di kedai akan menjadi lebih menonjol dari sebelumnya dengan JD.com, selepas mengumumkan rancangannya untuk membuka 1,000 kedai serbaneka Cina setiap hari pada tahun 2019. Secara keseluruhan, ulang tahun ke-10 ini menandakan masa depan baharu dan menarik untuk para pembeli di seluruh dunia.

Perayaan Inovasi: Pelancaran Hari Bujang

Hari Bujang adalah peluang terbaik bagi syarikat runcit untuk melancarkan produk dan perkhidmatan baharu dan inovatif. Beberapa tahun yang lalu, JD.com mula melancarkan perkhidmatan penghantaran menggunakan dron dan pada tahun ini, Alibaba telah melancarkan stesen angkasa mini untuk menyokong para pembeli yang bersemangat.

Perkhidmatan yang menyokong para pembeli pada Hari Bujang juga turut menyertai acara tersebut. Penghantaran Crowdsourced sebagai contoh, kini sedang diuji oleh syarikat seperti Fujitsu, SMU, A*STAR dan UrbanFox. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa menjelang tibanya Hari Bujang, syarikat-syarikat akan berusaha melampaui sempadan dalam setiap cara.

Semua Pedagang Tunggal: Bagaimana Jualan Mempengaruhi Perdagangan

Kaedah membeli-belah yang paling menarik untuk diperhatikan di sekitar Hari Bujang adalah perdagangan saham di arena runcit. Saham berasaskan runcit telah meningkat pada tahun-tahun yang lalu, sepertimana yang dilaporkan oleh Nasdaq. Keputusan kewangan suku ketiga JD.com telah dilaporkan tidak lama selepas Hari Bujang 2017 dan disebabkan banyak pertumbuhan saham JD untuk acara jualan tahunan. Dengan pra-jualan besar-besaran yang berlaku sebelum 11 November, berkemungkinan dunia perdagangan juga akan mengalami perubahan harga dalam harga saham Alibaba lebih awal daripada tarikh rasmi.

Pedagang yang peka alan lebih cenderung untuk melihat pergerakan menarik dalam harga saham Amazon, serta saham peneraju perdagangan lain. Sama ada anda bujang atau tidak, kami menjemput anda untuk mengikuti dan berdagang instrumen ini di eToro.

 

Prestasi masa lalu bukanlah petunjuk kejayaan masa depan. Ini bukan satu nasihat pelaburan. Modal anda dalam risiko.

18 Pendapat