eToro
Oleh eToro
23 Pendapat

Bagaimana untuk Bertahan pada Kejatuhan Pasaran

Sesetengah pelabur berpendapat bahawa tahun 2018 merupakan tahun pelaburan terburuk sejak kebelakangan ini. Ia penuh dengan ketidaktentuan pasaran dan kemelesetan ekonomi dan ramai pelabur kini melihat kembali dengan perasaan kesal atas keuntungan yang semakin menyusut, atau peluang yang semakin berkurangan.

Ringkasan Akhir Tahun 2018 eToro

Namun begitu, walaupun pasaran semakin menurun, pelabur yang baik akan terus mencari peluang. Semak apa yang dilakukan oleh pedagang berjaya eToro pada tahun 2018, dengan ringkasan akhir tahun ini:

10 Saham Teratas 2018 di eToro

  1. Amazon
  2. Facebook
  3. Tesla Motors Inc
  4. Netflix Inc
  5. Advanced Micro Devices Inc
  6. Apple
  7. Alibaba
  8. Alphabet
  9. Cronos Group Inc
  10. NVIDIA Corporation

Dalam tahun 2018, Saham AS mengalami ketidaktentuan yang tinggi. Dengan 9 daripada 10 saham utama yang datang dari sektor teknologi, jelas bahawa pasaran mengalami lonjakan pada separuh pertama tahun ini, yang diterajui oleh industri-industri ini. Walau bagaimanapun, sesuatu yang benar-benar tidak dijangka telah berlaku pada bulan Februari.
Kumpulan Cronos menjadi saham ganja pertama yang akan disenaraikan di bursa utama, NASDAQ. Menjelang bulan Julai, syarikat tersebut telah mengumumkan satu usaha sama dengan sekumpulan pelabur untuk membina sebuah rumah hijau bagi tanaman ganja seluas 850,000 kaki persegi, dengan hasil tahunan sebanyak 70,000 kilogram.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terus agresif untuk menghalalkan marijuana rekreasi boleh dikaitkan sebagai salah satu sebab utama kenaikan pasaran marijuana.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cronos, Mike Gorenstein mendakwa: “$1.8 bilion dari Big Tobacco hanyalah permulaan untuk industri ganja.”

5 Pasangan Mata Wang Teratas eToro 2018

  1. EUR/USD
  2. GBP/USD
  3. USD/JPY
  4. USD/CAD
  5. GBP/JPY

Mengimbas kembali ke pasaran antarabangsa, beberapa peristiwa besar yang berlaku pada tahun ini:

  • Kesan pertama dan mungkin paling ketara terhadap ekonomi global adalah perang perdagangan yang dilancarkan oleh Presiden Trump terhadap Kesatuan Eropah, Kanada, Mexico dan China. Walaupun dengan langkah berani oleh presiden ini, data ekonomi tahunan menunjukkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat masih menunjukkan prestasi cemerlang di seluruh dunia.
  • Yang kedua ialah dasar monetari Rizab Persekutuan, yang termasuk beberapa kenaikan harga sejak beberapa tahun yang lalu. Pada masa yang sama, Eropah perlu menyelesaikan masalah ekonomi sendiri, yang disebabkan oleh Itali dan Greece, manakala Bank Pusat Eropah merancang untuk menamatkan pelonggaran kuantitatif tahun ini dan menaikkan kadar faedah bermula musim gugur tahun 2019.
  • USD telah menjadi sangat kukuh tahun ini. Dolar mula naik dari paras rendah pada bulan April kepada yang lebih tinggi pada bulan Jun dan berterusan selepas bulan September, apabila ia menunjukkan momentum menaik yang tidak menentu.
  • Salah satu sebab utama kekuatan dolar dalam tahun 2018 adalah perang perdagangan. Memandangkan USD adalah mata wang rizab terbesar di dunia, apabila terdapat krisis atau pergeseran di seluruh dunia, kita boleh mengharapkan untuk melihat satu trend menaik. Pertama sekali adalah menjual aset dalam denominasi dolar seperti bon, komoditi, harta tanah dan saham dengan menyembunyikan peningkatan permintaan terhadap dolar. Akibatnya, semasa ketegangan atau kekacauan seperti perang perdagangan, dolar tetap akan menerima sokongan.
  • Penunjuk ekonomi di AS menunjukkan prestasi yang baik pada suku kedua dan ketiga tahun ini, dengan KDNK meningkat lebih daripada 4 mata. Penyebab utamanya adalah kerana pemotongan cukai secara besar-besaran yang dilaksanakan oleh Presiden Trump. Walau bagaimanapun, rangsangan yang disebabkan oleh pemotongan cukai yang besar ini mungkin tidak akan berpanjangan. Sekiranya ekonomi Amerika Syarikat jatuh semula pada tahun depan, saham AS juga berpotensi untuk jatuh.
  • Ekoran undi Brexit, keadaan GBP dijangka kekal tidak menentu. Walau bagaimanapun, walaupun UK memutuskan untuk meninggalkan EU, tidak akan mengubah hakikat bahawa tiada apa yang dapat dielakkan dari keputusan monumental ini, GBP masih diramal akan terus meningkat. Pasaran kewangan paling takut dengan ketidakpastian dan pasaran sering dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka, atau dikenali sebagai angsa hitam. Dengan ini, tidak mengapa jika UK memutuskan untuk meninggalkan EU. Apa yang penting untuk pasaran adalah bahawa acara sedang berjalan, oleh itu masih terdapat ketidakpastian. Jika ketidakpastian berakhir, maka Pound dijangka boleh meningkat semula.
  • Keadaan tidak stabil di dunia membolehkan USD/JPY mendapat perhatian yang lebih kerana ia dikenali sebagai mata wang yang selamat. Di samping itu, sejak Amerika Syarikat dan Kanada saling berkaitan pada separuh pertama tahun ini, pasangan USD/CAD tetap popular.

Produk Paling Hangat di eToro pada 2018: XRP

XRP dianggap sebagai mata wang kripto yang paling berpotensi dalam tahun 2018 dan ia masih merupakan salah satu aset kripto yang paling stabil semasa trend menurun dalam pasaran semasa. Tidak lama dahulu, XRP menggantikan Ethereum sebagai mata wang kripto kedua terbesar dalam nilai pasaran dan ramai orang sangat berminat dengan kemungkinan bahawa mata wang digital dapat terus wujud dalam persaingan yang sengit dan mengatasi Bitcoin untuk mencapai tempat pertama.
Prestasi XRP sangat baik pada tahun 2017, meningkat sebanyak 3000%. Prestasi ini jauh lebih baik berbanding Bitcoin dan Ethereum.

Suapan Berita eToro

Pada tahun 2018, sebanyak 1,156,301 catatan dan 3,747,106 komen telah disiarkan di Suapan Berita eToro.

Walaupun dalam pasaran yang menurun ini, pelabur pintar menggunakan pengalaman mereka dan mencari peluang baharu dalam trend menurun.

Mengenai Suapan Berita eToro, pelanggan dapat melihat pedagang lain yang berkongsi pengalaman pelaburan mereka dan strategi perdagangan dengan komuniti.

Ramalan Pasaran 2019

Aset Yang Paling Berpotensi bagi Tahun 2019: Kripto

Pada masa ini, ekonomi global seolah-olah merosot secara beransur-ansur. Geopolitik dan perang perdagangan menaikkan tahap panik dan mata wang digital seperti Bitcoin mempunyai potensi untuk menjadi aset pelaburan paling berharga di masa depan.
Terdapat tiga sebab untuk perkembangan ini: Pertama, banyak negara telah memberi perhatian kepada pembangunan dan penggunaan mata wang digital untuk menyelesaikan beberapa isu kewangan mereka sendiri. Kedua, mata wang digital ini telah mengalami kerugian yang ketara sejak ia mencatat rekod tertinggi dan beberapa mata wang kripto dengan nilai rendah mungkin menunjukkan potensi besar untuk meningkat di masa depan. Akhir sekali, pengenalan peraturan dan kawal selia bakal mewujudkan persekitaran mata wang kripto yang lebih terkawal dan boleh diyakini.

Industri Menunjukkan Potensi Masa Depan: Peruncitan & Kereta Tanpa Pemandu

Dalam masa terdekat, sektor runcit mungkin merupakan salah satu pasaran yang paling menarik dan menjanjikan pulangan. Ekoran kejayaan sambutan Hari Bujang di China, kedua-dua Alibaba Group dan JD.com mencatatkan rekod jualan tertinggi dan musim percutian membeli-belah boleh menambah lagi kejayaan syarikat gergasi e-dagang ini.
Musim percutian adalah sama penting bagi peruncit AS jika dibandingkan dengan para peruncit di negara China. Secara statistik, sekitar 30 peratus daripada jualan runcit tahunan berlaku antara Black Friday dan Krismas. Syarikat gergasi e-dagang Amazon bersedia untuk acara jualan ini dan menawarkan penghantaran standard percuma kepada semua pelanggan sepanjang musim cuti. Prestasi yang baik semasa musim percutian membeli belah boleh memberikan rangsangan yang nyata kepada segmen runcit untuk tahun 2019.
Sektor pasaran yang lain untuk diperhatikan adalah industri kereta tanpa pemandu. Sektor ini menggabungkan syarikat berteknologi tinggi, pemaju perisian dan firma automotif, menjadikan sektor kereta tanpa pemandu sebagai segmen tumpuan pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengejutkan bahawa saham kereta memandu sendiri sebenarnya adalah antara yang berprestasi buruk dalam tahun 2018. Secara retrospektif, sebabnya agak mudah: terdapat perbelanjaan yang tinggi untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan, oleh itu, banyak syarikat melihat perbelanjaan mereka pada tahun 2018 sebagai pelaburan jangka panjang. Melangkah ke tahun 2019, industri ini masih menunjukkan potensi besar, terutama apabila memandangkan IPO Uber yang dinanti-nantikan, yang juga mengambil langkah besar dalam bidang kereta autonomi.

Penafian: Data yang dikemukakan adalah tepat seperti pada 12 Disember 2018. Prestasi masa lalu bukanlah petunjuk kejayaan masa depan. CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko yang tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. Anda hendaklah mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi untuk kehilangan wang anda.
Ini bukan satu nasihat pelaburan. Modal anda dalam risiko.

23 Pendapat