Rachel Woods
Oleh Rachel Woods
88 Pendapat

Siaran Web Pasaran Mac

Luangkan masa dengan mendaftar untuk menonton siaran web yang telah dirakamkan bulan ini di sini.

Dalam siaran web ini, kami akan meninjau semua trend pasaran terkini dan peluang perdagangan terbaik dengan Penganalisis Pasaran Kanan kami, Mati Greenspan.

Apa yang kami akan bincangkan hari ini:

  • Ekonomi China
  • Dasar Trump
  • Bulan Bank Pusat
  • Volum Kripto
  • Syiling Binance

Minit 2:02 | Ekonomi China

Minit 5:39 | USDCNH  – Ulasan carta

Minit 7:17 | Emas Menurun di bawah paras $1,300 – Ulasan carta

Minit 7:22 | Soalan: Bolehkah anda memberitahu saya pendapat anda mengenai evolusi emas?

Minit 15:57 | Persaingan popular investor

Minit 18:20 | jianchengxu –  Popular Investor dari China ini memiliki PhD dan menggunakan analisis data yang besar untuk mewujudkan portfolio beliau. Pada tahun 2019, beliau mensasarkan untuk menghasilkan 20% keuntungan tahunan, sambil memberi tumpuan kepada mata wang asing dan logam berharga. Beliau mencadangkan untuk menirunya dengan sekurang-kurangnya $500.

Minit 21:35 | analisisciclico – Popular Investor yang berasal dari Sepanyol ini telah berdagang di eToro sejak akhir tahun 2017. Beliau merupakan seorang usahawan bersiri, yang mengatakan bahawa beliau mahu mewujudkan nilai untuk seberapa ramai orang yang mungkin. Menurut biodatanya, beliau berhasrat untuk mengekalkan skor risiko yang sangat rendah dan mengesyorkan untuk menyalinnya dengan sekurang-kurangnya sebanyak $1,000 dan sekurang-kurangnya selama 3 bulan.

Minit 28:47 | Soalan: DJ30 telah jatuh lebih 500 mata dalam tempoh 4 jam semalam. Mati, apa pandangan anda mengenai indeks Amerika Syarikat dan Eropah untuk masa yang terdekat dan seterusnya?

Minit 33:31 | Ulasan industri baru muncul – CannabisCare dan Crispr-Tech

Minit 36:46 | Ulasan saham Tesla

Minit 40:43 | GBPUSD ulasan carta dan kupasan Brexit

Minit 41:49 | Kadar transaksi pada Rantaian Blok

Minit 43:35 | Jumlah Permodalan Pasaran dan Volum Kripto

Minit 45:57 | BNB Ulasan syiling

Minit 50 |Perbincangan XRP

Minit 59 | Perbincangan BTC

Minit 60 | Dominasi LTC

Sekiranya anda ingin menyertai siaran web kami seterusnya, pastikan anda menyemak Kelebihan Kelab eToro. Anda boleh layak mendapat manfaat yang tidak anda ketahui!

Kami berharap anda berpuas hati dengan siaran web tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang maklum balas atau komen, sila berhubung denganMati Greenspan pada semua saluran media sosial: eToro, Twitter, LinkedIn, Telegram.

eToro adalah platform pelbagai aset yang menawarkan pelaburan dalam saham dan mata wang kripto, serta dagangan aset CFD.

Sila ambil perhatian bahawa CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko yang tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda hendaklah mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi untuk kehilangan wang anda.

Mata wang kripto boleh berubah dengan perbezaan yang besar dan oleh itu ia tidak sesuai untuk semua pelabur. Dagangan mata wang kripto tidak diselia oleh mana-mana kerangka kawal selia Kesatuan Eropah. Prestasi masa lalu bukanlah petunjuk kejayaan masa depan. Ini bukan satu nasihat pelaburan. Modal anda dalam risiko

Data yang dibentangkan semasa siaran web adalah tepat sepertimana pada tarikh 5 Mac, 2019.

88 Pendapat