eToro
Oleh eToro
39 Pendapat

Pilih untuk menjadi Pelanggan Profesional

Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA) baru-baru ini telah mengumumkan langkah-langkah baharu bagi perdagangan produk CFD untuk pelanggan runcit. Langkah-langkah ini termasuk sekatan leveraj (diperincikan di bawah), perlindungan baki negatif dan sekatan Margin Penutup, yang semuanya diperkenalkan untuk melindungi pelanggan runcit. Sekatan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018.

Apakah sekatan ESMA yang baharu?

Menurut langkah-langkah campur tangan ESMA yang baharu, kadar leveraj hanya boleh ditawarkan antara margin 2:1 dan 30:1, bergantung kepada instrumen tertentu. Margin Penutup akan ditetapkan pada 50%, yang bermaksud bahawa tetapan Hentikan Kerugian pada eToro akan dihadkan kepada maksimum 50% bagi setiap dagangan.

Sebagai sebuah platform dagangan yang dikawal selia, eToro akan mematuhi peraturan-peraturan baharu tersebut.

Batasan leveraj baharu adalah seperti berikut*:

  • 30:1 bagi pasangan mata wang utama (seperti EUR/USD)
  • 20:1 bagi pasangan mata wang bukan utama (seperti NZD/USD), emas dan indeks utama
  • 10:1 untuk komoditi dengan pengecualian ke atas indeks ekuiti emas dan indeks bukan utama
  • 5:1 untuk CFD saham
  • 2:1 untuk CFD mata wang kripto

*Sila ambil perhatian:

  • Semua pesanan terbuka dengan leveraj 25:1 akan dikurangkan secara automatik kepada leveraj 20:1. Perubahan ini akan terpakai kepada semua pesanan terbuka pada 29 Julai 2018.
  • Selepas 1 Ogos, semua pesanan belum selesai yang melebihi had leveraj tidak akan dilaksanakan.
  • Pesanan yang belum selesai seperti yang dinyatakan akan dibatalkan sekiranya pelanggan yang tidak memohon/tidak layak sebagai Pedagang Profesional.

Bagaimana ini akan memberi kesan kepada anda sebagai pelanggan eToro?

Pertama sekali, adalah penting untuk diperhatikan bahawa perubahan di atas tidak akan menjejaskan kedudukan terbuka. Walau bagaimanapun, jika anda memutuskan untuk mengedit kedudukan terbuka anda, keperluan margin baharu (50%) akan dikenakan pada perdagangan tersebut. Selain itu, sementara sekatan dikenakan kepada semua pelanggan runcit, mereka tidak akan terpakai kepada mereka yang memilih untuk memohon dan diluluskan sebagai Pelanggan Profesional Pilihan di eToro. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa Pelanggan Profesional Pilihan tidak layak untuk perlindungan peraturan tertentu yang lain. Walaupun tidak diperlukan, eToro akan menyediakan pelanggan ini dengan semua perlindungan yang tersedia untuk pelanggan runcit eToro.

Pelanggan Profesional Pilihan perlu memenuhi kriteria tertentu, seperti jumlah dagangan, kekerapan transaksi dan/atau pengalaman profesional. Untuk memohon Status Pelanggan Profesional Pilihan, sila isi borang ini. Sekiranya aplikasi anda memenuhi kriteria, seorang pengurus akaun kami akan menghubungi anda.

Sila ambil perhatian: Proses kelulusan untuk Pelanggan Profesional Pilihan akan mengambil sedikit masa. Oleh itu, jika anda ingin memohon, sila isi borang di atas dengan segera, untuk memastikan bahawa permintaan anda diluluskan, (dengan syarat anda memenuhi kriteria), sebelum perubahan tersebut berkuatkuasa.

39 Pendapat