Beth Rubin
Oleh Beth Rubin
27 Pendapat

Mengapakah tidak terdapat lebih ramai pedagang wanita? Jawapannya mungkin mengejutkan anda

Pelaburan adalah lebih daripada sekadar potensi pendapatan. Ia mengenai kemerdekaan, kebebasan, pemerkasaan dan mengawal masa depan anda sendiri. Berjaya dalam pelaburan boleh memberikan satu bentuk kebebasan dari segi emosi dan kewangan.

Seperti kebanyakan wanita moden, saya diberitahu ketika membesar bahawa saya dapat menjadi sesiapa sahaja yang saya mahu. Saya telah bekerja dan mempunyai pendapatan saya sendiri sejak berusia lewat remaja lagi. Walau bagaimanapun, menguruskan sumber kewangan saya melebihi keperluan segera bukanlah sesuatu yang saya tekankan kecuali, mungkin, sebagai pelan simpanan asas untuk menghadapi “waktu susah”. Bukannya saya tidak berminat untuk mendapatkan kekayaan – siapa yang tidak mahukannya? – atau mempelajari sumber dan kaedah untuk melakukannya. Saya memilih untuk mengambil kursus ekonomi secara elektif di universiti dan juga bergelar seorang pedagang di Wall Street.

Tetapi menjadi seorang yang bijak dari segi kewangan, terutamanya dalam bidang pasaran perdagangan antarabangsa, dianggap sebagai usaha kaum lelaki.

Tiada siapa yang pernah berkata demikian secara terang-terangan. Tiada siapa pernah memberitahu saya bahawa saya tidak boleh melabur untuk diri saya sebagai seorang wanita; saya seorang yang moden dan feminis sudah tentu akan membenci cakap-cakap tersebut. Walau bagaimanapun, mesej tersebut saya terima tanpa saya sedari. Industri kewangan tradisional bukanlah satu bidang yang mesra untuk wanita yang ingin menceburinya.

Walau bagaimanapun, Internet telah muncul dalam tahun-tahun kebelakangan ini sebagai satu platform yang membolehkan persaingan yang sama rata dalam banyak domain. Maklumat begitu banyak boleh didapati; universiti-universiti dalam talian menawarkan masa yang fleksibel dan berpatutan untuk kursus ijazah; laman temu janji dalam talian membenarkan orang dari kalangan sosial yang berbeza untuk bertemu dan jatuh cinta. Dan platform dagangan dalam talian menawarkan pelaburan lebih mudah untuk semua orang – bukan hanya untuk kaum lelaki sahaja.

Statistik1 menunjukkan bahawa pedagang wanita memang sedang memasuki pasaran kewangan secara dalam talian dalam jumlah yang semakin meningkat. Persepsi yang sudah lapuk mengenai wanita dan kewangan kian pudar dan kita menyaksikan satu peralihan positif secara beransur-ansur ke arah lebih banyak kesamaan. Wanita mempunyai akses yang sama kepada alat-alat dan peluang-peluang perniagaan yang dikecapi oleh kaum lelaki.

Namun majoriti kaum wanita masih lagi teragak-agak untuk membina portfolio pelaburan mereka sendiri. Mengapa ini berlaku?

Pemikiran yang berbeza terhadap wang

Malah, ramai wanita mempunyai kerjaya dan sumber kewangan mereka sendiri dan kebanyakannya mempunyai minat yang sama seperti kaum lelaki untuk mendapatkan pendapatan yang lebih. Sesetengah kajian2 mengatakan bahawa wanita berdagang dengan lebih baik berbanding lelaki – dalam apa jua keadaan, mereka nampak terserlah sekurang-kurangnya sama seperti rakan lelaki mereka ketika mereka memasuki arena pelaburan. Jadi keupayaan dan minat seolah-olah bukan menjadi halangan.

Jawapannya lebih kerap terletak di minda. Walaupun wang tidak mengira jantina, hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa pendekatan wanita untuk melabur dan pengurusan wang secara umum, selalunya adalah jauh berbeza berbanding lelaki.

Melihat jangka masa panjang

Sudah tentu, setiap individu adalah unik, namun kajian menunjukkan3 bahawa wanita lebih cenderung untuk mengaitkan kekayaan dengan kestabilan, melihat wang sebagai alat untuk mencapai matlamat ekonomi jangka panjang mereka. Wanita lebih cenderung untuk memilih risiko dan simpanan yang lebih rendah dalam jangka panjang kepada potensi peluang durian runtuh jangka pendek. Sekiranya seorang wanita berpendapat bahawa mewujudkan portfolio sebagai lebih daripada satu bentuk perjudian berbanding pelaburan, dia akan lebih suka untuk mengelakkan keadaan yang dia anggap sebagai sesuatu yang tidak stabil.

Wanita juga cenderung untuk meluangkan lebih banyak masa dan pemikiran dalam proses membuat keputusan berbanding lelaki apabila membuat penilaian mengenai pilihan kewangan. Mereka mungkin lebih gemar untuk mengumpul maklumat dan penyelidikan pelaburan ke tahap yang akan membolehkan mereka untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dengan penuh keyakinan. Walau bagaimanapun, kehidupan sibuk wanita dan fungsi berbilang tugas boleh menghalang mereka daripada mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Cara yang lebih mudah

Berita baiknya adalah terdapat ciri-ciri platform eToro yang dapat membantu menangani masalah ini dan membolehkan wanita yang ingin membina portfolio untuk memulakannya. Malah, visi eToro adalah untuk membuka pasaran global bagi semua orang untuk berdagang dan melabur dalam cara yang mudah dan telus.

Sekiranya anda berminat untuk melabur tetapi tidak tahu di mana untuk memulakan, ketahuilah bahawa ramai orang mendapati bahawa eToro adalah sangat mesra pengguna dan sangat sesuai untuk mereka yang baru bermula. Sangat mudah untuk membuka akaun percuma dan mula berdagang dengan portfolio maya anda sendiri. Portfolio maya membolehkan anda berasa selesa dengan platform dan melabur tanpa sebarang risiko kewangan.

Mengenai risiko, tanyalah mana-mana pedagang dan mereka akan memberitahu anda bahawa mempelbagaikan portfolio anda adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan risiko. eToro menjadikannya mudah untuk mempelbagaikan portfolio anda dengan menawarkan enam kelas aset yang berbeza dan beratus-ratus instrumen, semuanya dalam platform yang sama, dalam satu akaun yang mudah dikendalikan. Anda boleh melihat semua pelaburan anda dengan pantas dan mudah mengawal kedudukan anda tepat di skrin portfolio, menjimatkan masa anda.

Ciri-ciri sosial yang memenangi anugerah, bagaimanapun, adalah apa yang sebenarnya menjadikan platform unik. eToro adalah lebih daripada sekadar tempat untuk berdagang; ia adalah tempat kepada komuniti pelabur yang berkembang maju dan tempat yang ideal untuk terlibat, berhubung dan berkongsi pengetahuan antara satu sama lain.

Cara terbaik untuk memulakan penerokaan dunia pelaburan adalah dengan menyalin pedagang lain. Teknologi CopyTrader eToro membolehkan anda bukan sahaja melihat portfolio pelabur, keuntungan dan risiko pelabur lain, tetapi anda juga boleh menyalin perdagangan mereka dalam masa nyata. Dengan CopyTrader, anda boleh mendapat manfaat daripada prestasi pedagang yang berpengalaman, tanpa mengira tahap pengalaman anda sendiri dalam perdagangan.

Bermula di eToro

Melabur tidak hanya untuk orang kaya, atau hanya untuk kaum lelaki. Wanita mendapati bahawa pelaburan dalam talian dengan eToro boleh menjadi satu pengalaman yang mudah dan memuaskan.

eToro adalah platform berbilang aset yang menawarkan pelaburan dalam saham dan aset kripto, serta perdagangan aset CFD.

CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko yang tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda hendaklah mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi untuk kehilangan wang anda.

Kandungan ini hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai satu nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan. Prestasi masa lalu bukanlah petunjuk kejayaan masa depan.

Sumber:

  1. https://brokernotes.co/wp-content/uploads/2017/08/BN-research-report_2018-FINAL.pdf
  2. https://theconversation.com/why-women-make-the-best-stock-traders-74081
  3. https://www.allianzlife.com/-/media/files/allianz/documents/ent_1462_n.pdf?la=en&hash=2955C0DCE4F0BCC290A41345D5C0FBF36D87F976
27 Pendapat