eToro
Oleh eToro
31806 Pendapat

Untuk mengambil risiko atau tidak mengambil risiko?

Kita semua telah melihatnya. Ia berada di mana-mana, dan tidak ada cara untuk melarikan diri. Ya, saya bercakap tentang amaran “berdagang mungkin berisiko” yang anda lihat hampir di merata tempat.

Risks Ahead sign

Sebagai seorang pelabur yang aktif, anda perlu menyedari betapa banyak risiko yang anda ambil dengan setiap keputusan yang anda buat. Ia sudah cukup sukar untuk difikirkan apabila anda berdagang dalam pasaran pelaburan tradisional, tetapi dengan tambahan penggunaan Copy Trading, menilai risiko anda dengan ketepatan yang baik adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk dicapai. Jadi apa yang pelabur sosial perlu lakukan?

Memperkenalkan: Skor Risiko

Secara jujurnya, biarlah saya menjelaskan bahawa ini adalah satu ciri yang kami sedang bangunkan dan merancang untuk menawarkannya kepada komuniti kita dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Prinsip di sebalik Skor Risiko sangat mudah: kami ingin anda mampu untuk menilai risiko yang anda ambil dengan tepat bagi setiap keputusan perdagangan, termasuk Copy Trading. Bukan hanya berdasarkan perasaan terhadap risiko, tetapi dapat mengukur dengan jelas berdasar ukuran tertentu.

Skor risiko akan memberikan anda maklumat mengenai skor risiko portfolio secara keseluruhan, serta pecahan terperinci mengenai jenis risiko yang terlibat. Ini akan tersedia untuk dilihat pada semua profil ahli kami, yang bermakna bukan hanya portfolio anda sendiri yang anda boleh membuat analisis dengan lebih baik, tetapi juga orang lain!

Apabila berurusan dengan Copy Trading, mana-mana pedagang baharu yang anda salin akan memberi kesan kepada skor Risiko anda berdasarkan cara pedagang yang anda salin bertindak: pilihan instrumen mereka, pilihan leveraj mereka, peratusan ekuiti mereka yang dilaburkan pada satu-satu instrumen – semua ini dan lebih banyak lagi akan diambil kira dalam algoritma yang telah kami bangunkan. Apabila menggabungkan semua data, kami dapat mengira dengan tepat risiko yang pedagang tertentu bawa ke portfolio anda. Jadi pada asasnya, anda akan dapat menilai mana-mana pedagang yang anda ingin salin, kerana anda bukan sahaja dapat melihat keuntungan dan prestasi mereka, tetapi juga memahami risiko yang mereka ambil.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Sebelum kita memulakan, adalah penting untuk menekankan bahawa skor risiko adalah berdasarkan semata-mata pada prestasi pedagang di masa lalu, dan oleh itu ia tidak dapat dan tidak boleh menunjukkan keputusan masa depan.

Tanpa perlu memahami algoritma matematik yang digunakan, idea asas adalah untuk menjadikan setiap instrumen mempunyai purata pergerakan harian, yang menunjukkan tahap ketidaktentuan. Katakan instrumen X mengalami perubahan secara purata sekitar 2% sehari (pada hari tertentu ia biasanya akan naik atau turun pada kadar sekitar 2% dari harga pada awal hari). Secara statistik, jika kita melipatgandakan perubahan purata ini sebanyak 3 kali, kita mewujudkan satu julat yang mempunyai ketepatan 99% daripada masa. Oleh itu, dalam contoh yang kami nyatakan, 99% daripada masa, instrumen X akan mengalami kenaikan dan penurunan sebanyak maksimum 6% dalam satu hari.

Pemahaman asas ini digabungkan dengan hakikat bahawa tetapan leveraj yang berbeza mengubah peratusan risiko, dan tentu saja hakikat bahawa kebanyakan pedagang dalam komuniti kami melabur dalam lebih daripada satu instrumen. Sesetengah kedudukan bergabung untuk mengurangkan risiko (jika anda membeli EUR/USD dan USD/JPY pada masa yang sama, maka secara bersama kedua-dua kedudukan tersebut melindungi kemungkinan nilai USD yang akan turun dalam satu pasangan, dan meningkat pada pasangan yang lain, yang bermaksud bahawa risiko anda adalah lebih rendah kerana ia melengkapkan antara satu sama lain – lindung nilai – satu sama lain). Walau bagaimanapun, sekiranya kedudukan dagangan terbuka anda tidak mempunyai lindung nilai antara satu sama lain, ini bermakna risiko untuk perdagangan ini mungkin lebih tinggi, kerana setiap perdagangan boleh berubah arah tidak seperti yang anda harapkan.

Selain itu, sekiranya anda menyalin beberapa orang pedagang, adalah penting untuk mengambil kira hubung kait kedudukan mereka – jika mereka semua melabur dengan cara yang sama maka risiko anda adalah lebih tinggi, namun begitu sekiranya mereka melaksanakan lindung nilai kedudukan masing-masing maka risiko anda adalah lebih rendah.

Sebagai langkah pertama, skor risiko tidak akan dikemas kini dalam masa nyata, dan kami akan memberitahu anda terlebih dahulu mengenai kekerapan kemas kini untuk alat ini. Sudah tentu, matlamat kami adalah untuk membawanya ke peringkat di mana anda akan dapat melihat perubahan untuk skor risiko anda dalam masa nyata, dan perkara tersebut akan berlaku sebagai sebahagian daripada kemas kini yang akan kami perkenalkan pada masa hadapan.

Bagaimana saya dapat melihatnya?

Algoritma ini mengambil kira semua parameter untuk dipertimbangkan, dan memberikan portfolio anda “skor risiko” dengan julat antara 1-10. Setiap skor melambangkan julat peratusan dan bertujuan untuk membantu anda memahami dengan lebih jelas tentang risiko pelaburan anda terhadap ekuiti anda.

risk score table

Apabila anda menambah pelaburan baharu ke portfolio anda (sama ada berbentuk instrumen atau pedagang yang disalin), risiko anda akan dikira semula dan anda akan melihat kesan keputusan yang anda ambil terhadap skor risiko anda. Pada masa akan datang, kami akan berusaha untuk memperincikan ciri ini supaya anda dapat melihat unjuran impak risiko oleh seseorang pedagang terhadap portfolio anda. Walau bagaimanapun, dalam versi pertama alat ini, anda hanya akan melihat kesan risiko selepas anda menyalin seseorang pedagang.

Di samping itu, anda boleh membuat analisis yang mendalam terhadap portfolio anda sendiri, membolehkan anda mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai strategi pelaburan anda sendiri dalam masa nyata. Analisis yang seumpama itu akan tersedia untuk semua orang, bermakna anda akan dapat melihat analisis mendalam semua pedagang dalam komuniti – tetapi sekali lagi, keupayaan untuk mengira korelasi antara mereka terlebih dahulu masih dalam peringkat awal pembangunan, dan akan tersedia dalam versi seterusnya.

Adalah penting untuk diambil perhatian: Fungsi ini bertujuan untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak, tetapi ia tidak akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Kami percaya bahawa tanggungjawab terhadap tindakan seseorang terletak pada pilihan orang tersebut dan kami tidak sekali-kali cuba untuk memberitahu anda bagaimana anda perlu melabur.

Jadi, apakah langkah yang seterusnya?

Untuk tempoh beberapa bulan akan datang, sehingga kami melancarkan ciri baharu ini, kami akan menerbitkan beberapa artikel mengenai analisis risiko dan membuat ulasan berkenaan beberapa orang pedagang yang mendapat salinan paling ramai. Dengan cara ini, anda akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana Skor Risiko berfungsi dan apakah kesannya terhadap anda.

Kami percaya bahawa alat penting ini akan membantu anda mengoptimumkan portfolio anda untuk mendapatkan hasil terbaik, berdasarkan keperluan dan harapan pelaburan anda.

Sudah tentu, anda dialu-alukan untuk bertanyakan sebarang soalan mengenai perkara ini di dinding Khidmat Pelanggan kami, atau di sini dalam ruang komen. Ciri ini masih dalam peringkat pembangunan, jadi butiran akhir (termasuk tarikh pelancaran) adalah tertakluk kepada perubahan.

Amatlah penting bagi kami untuk mendengar komen-komen anda mengenai perkara ini – alat ini diwujudkan untuk membantu anda menjadi seorang pedagang yang lebih baik dan kami ingin anda menjadi sebahagian daripada proses dalam mewujudkannya!

Skor risiko siapakah yang anda mahukan kami lakukan analisis pada minggu depan? Beritahu kami dalam ruang komen!

31806 Pendapat