eToro
Oleh eToro
4 Pendapat

Penyelesaian pembayaran baharu untuk pelanggan Asia Tenggara: Perbankan dalam talian tempatan

Di sini di eToro, kami sentiasa berusaha menjadikan kehidupan pelanggan kami lebih mudah dengan menambah cara baharu bagi mereka untuk berdagang, melabur dan melakukan tindakan-tindakan lain di platform dagangan eToro. Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pelanggan kami di Asia Tenggara kini dapat membuat deposit secara dalam talian menggunakan bank tempatan – memperibadikan dan menyetempatkan pengalaman pengguna mereka.

Pemindahan dalam talian melalui bank tempatan boleh didapati di negara-negara berikut: Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Bagaimanakah saya boleh melakukan deposit menggunakan pemindahan bank tempatan?

Sekiranya anda berdaftar sebagai pemastautin di negara yang disokong oleh perkhidmatan ini, anda secara automatik akan menerima pilihan “Perbankan dalam talian” pada halaman Deposit di eToro. Untuk panduan yang mudah diikuti, sila klik di bawah.

Sebaik sahaja anda pergi ke halaman deposit di platform eToro dan pilih “Perbankan dalam talian” sebagai kaedah deposit anda, anda perlu mengikuti beberapa langkah mudah:

  1. Pilih jumlah deposit anda (sehingga $10,000)
  2. Sekiranya ditanya, sila lengkapkan soal selidik KYC (keperluan peraturan)
  3. Pilih bank anda di halaman seterusnya
  4. Log masuk ke akaun e-bank anda – jumlah deposit akan ditukarkan ke mata wang tempatan anda
  5. Masukkan kod pengesahan yang disediakan oleh bank anda
  6. Sahkan deposit anda

Itu sahaja! Dana akan muncul dalam akaun eToro anda dalam beberapa minit. Urus niaga ini akan disenaraikan sebagai “eToro (Europe) Ltd.” pada penyata kewangan penyedia pembayaran anda. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat, sila lawati halaman Soalan Lazim Deposit kami atau gunakan panduan yang disebutkan di atas.

4 Pendapat