Avner Meyrav
Oleh Avner Meyrav
673 Pendapat

Bersama-sama dengan trend menaik kripto: Adakah trend tersebut akan berterusan?

Pasaran mata wang kripto, yang menjadi tumpuan pada akhir tahun 2017 dan awal tahun 2018, telah kehilangan daya tarikannya di sepanjang tahun lalu. Walaupun mencapai paras tertinggi pada awal tahun 2018, harganya kemudian jatuh – berserta dengan minat pelabur arus perdana terhadap pasaran kripto. Walau bagaimanapun, sejak beberapa minggu yang lalu, pasaran kripto telah menunjukkan trend yang mengagumkan, yang dikatakan oleh beberapa pelabur bahawa perkara tersebut mengingatkan mereka pada trend menaik yang pernah berlaku sebelum ini. Adakah Bitcoin dan yang seumpamanya sekali lagi akan melonjak pada tahun ini? Hanya masa akan menentukan.

Produk pelaburan yang sangat tidak menentu. Ini bukan satu nasihat pelaburan. Modal anda dalam risiko.

Raja Bitcoin

Secara semula jadi, yang pertama untuk mendapatkan perhatian adalah Bitcoin, mata wang kripto asal dan terbesar berdasarkan modal pasaran. Bitcoin telah bergelut untuk melepasi tahap rintangan, kebanyakannya kekal di bawah paras $4,000 di sepanjang suku pertama tahun 2019. Titik harga ini mewakili kejatuhan besar dari tahap tertinggi Bitcoin yang hampir mencecah $20,000, yang telah dicatatkan pada akhir tahun 2017, dan juga dari paras tertinggi tahun 2018 iaitu pada paras $11,000.

Walau bagaimanapun, Bitcoin telah berjaya memecah rintangan pada bulan April ini dan telah meningkat kepada $5,000, paras harga yang tidak dilihat sejak bulan November tahun lepas. Pemecahan rintangan tersebut telah menarik minat yang tinggi dan harga Bitcoin meningkat secara berterusan sejak beberapa minggu seterusnya, menyaksikan nilai kripto terbesar di dunia melepasi paras $8,000.

Trend kenaikan Bitcoin baru-baru ini telah dikaitkan dengan beberapa faktor utama. Ramai penganalisis percaya bahawa kripto tersebut telah matang sebagai aset, meningkatkan daya tarikannya di mata pelabur arus perdana. Kegelisahan di pasaran utama juga telah menyumbang kepada kenaikan Bitcoin: Pertikaian perdagangan berterusan yang berlaku di antara China dan Amerika Syarikat telah menimbulkan ketidaktentuan dan ketidakstabilan dalam pasaran, mendorong lebih ramai pelabur membeli Bitcoin. Oleh kerana Bitcoin masih dianggap sebagai kayu pengukur yang mana semua kripto lain diukur, harga yang meningkat mencetuskan minat terhadap kripto lain, dan pasaran altcoin tidak lama lagi akan ikut serta.

Produk pelaburan yang sangat tidak menentu. Ini bukan satu nasihat pelaburan. Modal anda dalam risiko.

Ledakan Syiling Alternatif

Seperti yang dilihat dalam trend kenaikan sebelumnya yang dialami di pasaran kripto, apabila Bitcoin meningkat, kripto lain selalunya turut meningkat. Seperti halnya dengan kenaikan sekarang, para pelabur bukan sahaja membeli Bitcoin, tetapi mereka juga cenderung untuk membeli Ethereum, XRP, Bitcoin Cash dan syiling alternatif yang lain. Sepanjang beberapa minggu yang lalu, kebanyakan daripada sepuluh kripto teratas telah mencatatkan keuntungan yang luar biasa, bahkan mengatasi Bitcoin.

Mata wang kripto kedua terbesar di dunia, Ethereum, juga tidak ketinggalan, telah beberapa kali memaparkan keuntungan harian sebanyak dua angka dalam beberapa minggu yang lalu. Pada masa penulisan, Ethereum didagangkan jauh di atas paras $250 – prestasi yang tidak pernah dicapai dalam tempoh lebih daripada 8 bulan.

Produk pelaburan yang sangat tidak menentu. Ini bukan satu nasihat pelaburan. Modal anda dalam risiko.

XRP hanya berada di bawah Ethereum pada senarai sepuluh teratas sebagai kripto ketiga terbesar berdasarkan modal pasaran. XRP adalah salah satu syiling alternatif utama yang terakhir untuk mengalami kenaikan baru-baru ini, kekal mengalami kejatuhan selama beberapa minggu selepas Bitcoin mula meningkat. Walau bagaimanapun, apabila ia mula menunjukkan keuntungan, XRP melonjak dengan pantas untuk mengatasi saat kejatuhan, meningkat sekitar 50% dalam masa kurang dari seminggu.

Produk pelaburan yang sangat tidak menentu. Ini bukan satu nasihat pelaburan. Modal anda dalam risiko.

Adakah trend kenaikan telah kembali?

Tidak dapat dinafikan bahawa trend kenaikan baru-baru ini di pasaran telah memperbaharui minat pelabur arus perdana, memacu ramai pelabur untuk membeli mata wang kripto. Walau bagaimanapun, tidak ada kepastian bahawa pasaran sedang mengalami trend kenaikan sepenuhnya dan tidak ada jaminan bahawa harga mata wang kripto akan meningkat hingga ke tahap tertinggi yang belum pernah dicatatkan sebelum ini. Pendapat dan analisis mencadangkan banyak senario yang mungkin berlaku dan seperti biasa, hanya jika ditinjau kembali, akan dapat memahami mengapa pasaran berkelakuan seperti yang dilakukannya. Tetapi buat masa ini, pasaran kripto sedang mengalami trend kenaikan paling mengagumkan sejak trend kenaikan terbesar lewat tahun 2017 dan ramai pelabur baharu memilih sekarang sebagai masa terbaik untuk melabur dalam aset kripto.

eToro adalah platform berbilang aset yang menawarkan pelaburan dalam saham dan aset kripto, serta perdagangan aset CFD.

Sila ambil perhatian bahawa CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko yang tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 66% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda hendaklah mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi untuk kehilangan wang anda.

Aset kripto adalah instrumen yang tidak menentu yang boleh berubah-ubah dengan agak ketara dalam tempoh masa yang sangat singkat dan oleh itu, tidak sesuai untuk semua pelabur. Selain melalui CFD, dagangan aset kripto adalah tidak dikawal selia dan oleh itu, tidak diawasi oleh sebarang rangka kerja pengawalseliaan EU. Ini bukan satu nasihat pelaburan. Prestasi masa lalu bukanlah petunjuk kejayaan masa depan. Modal anda dalam risiko.

673 Pendapat