Memperkenalkan 100% saham, 0% komisen: Beli saham bebas komisen di eToro

Melabur di pasaran saham secara tradisinya merupakan satu usaha yang dikhaskan untuk golongan kaya sahaja. Banyak halangan wujud bagi sebahagian besar penduduk dunia, yang menghalang mereka untuk memasuki arena dagangan saham dengan bebas.

 

Lebih dari satu dekad yang lalu, eToro telah berusaha untuk mengubah keadaan tersebut, mencabar status quo dan memberikan penyelesaian yang inovatif untuk menangani halangan tersebut. Hari ini, lebih daripada 15 juta pengguna berdaftar mempunyai akses mudah dan berpatutan ke pasaran kewangan global melalui platform eToro – dan dengan kemudahan “Komisen Sifar” sekarang, eToro sedang memecahkan satu lagi halangan masuk untuk melabur dalam saham.

 

Apakah makna sebenar “komisen sifar”?

Kebanyakan broker menambah caj urusniaga apabila anda membeli atau menjual saham melalui mereka. Komisen sifar bermakna bahawa tiada caj tambahan telah ditambahkan.

Tambahan pula, ramai broker mengenakan yuran pengurusan suku tahunan dan/atau yuran pentadbiran. eToro tidak pernah mengenakan apa-apa yuran pengurusan, pentadbiran atau tiket. eToro juga akan menyerap Duti Setem dan Cukai Transaksi Kewangan untuk pelanggan di mana berkaitan: penjimatan tambahan sebanyak 0.5% di UK, 1% di Ireland, 0.3% di Perancis dan 0.1% di Itali.

Apabila komisen dikenakan oleh broker anda, apa maksudnya, secara praktikalnya, adalah sebahagian daripada keuntungan anda akan hilang daripada anda sebelum anda mula berdagang. Walaupun dagangan saham anda secara teknikal adalah menguntungkan, anda perlu mengambil kira markup yang terlibat apabila mengira keuntungan yang sebenar. Oleh kerana matlamat utama dagangan tentu saja untuk mendapat keuntungan, komisen jelas bukan satu faktor kecil bagi kebanyakan orang apabila mempertimbangkan sama ada untuk membeli atau tidak membeli sesuatu saham.

 

Keuntungan akan menjadi milik anda, bukan milik broker anda

Walau bagaimanapun, eToro adalah tentang melakukan pelaburan yang boleh diakses dan lebih mudah untuk semua orang. Kami telah menurunkan halangan untuk masuk dengan minimum pelaburan yang rendah dan platform yang sangat mudah untuk dilayari. Sekarang, dengan komisen sifar, pelaburan saham menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini. Tidak ada markup untuk dikira dan tidak perlu risau tentang komisen yang mengurangkan keuntungan anda.

 

Bagaimanakah ia berfungsi?

Setiap kali anda membuka atau menutup kedudukan saham BELI yang bukan leveraj, anda tidak akan membayar komisen — tanpa markup, tanpa bayaran tiket, tidak ada yuran pengurusan. Semudah itu.

Isi portfolio anda dengan pelbagai saham terkemuka tanpa komisen dan tanpa had jumlah dagangan.

  1. Daftar secara percuma 
  2. Lakukan deposit pertama anda
  3. Pilih saham kegemaran anda
  4. Klik Berdagang

Tonton tutorial video:

 


Modal anda dalam risiko.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, pastikan anda mengunjungi halaman Komisen Sifar yang baharu di sini.

 

Komisen sifar tersedia untuk pelanggan eToro (Europe) Ltd, eToro (UK) Ltd dan eToro AUS Capital Pty Ltd (AFSL 491139).

Untuk pelanggan eToro AUS, hanya saham yang didagangkan di bursa saham AS yang tersedia sebagai aset asas dan tanpa komisen. Saham-saham ini ditawarkan melalui eToro Service (ARSN 637 489 466) yang dikendalikan oleh Gleneagle Asset Management Limited ABN 29 103 162 278, AFSL 226199 dan dipromosikan oleh eToro Australia Pty Ltd. CAR 001281634. Rujuk kepada FSG dan PDS kami sebelum membuat keputusan untuk berdagang dengan kami. Semua saham lain ditawarkan sebagai derivatif dan dikenakan komisen.

Komisen sifar tidak tersedia untuk kedudukan pendek atau dengan leveraj. Komisen sifar bermaksud bahawa tiada yuran broker akan dikenakan apabila membuka atau menutup kedudukan. Yuran-yuran lain mungkin akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut mengenai yuran, sila klik di sini. Modal anda dalam risiko.

 

 

45 Pendapat