Selama lebih dari satu dekad, eToro telah menjadi peneraju dalam revolusi Fintech global. Ia adalah rangkaian perdagangan sosial terkemuka di dunia, dengan berjuta-juta pengguna berdaftar dan pelbagai alat perdagangan dan pelaburan inovatif.
-
Jan2007
eToro ditubuhkan
Tiga usahawan sepakat untuk mempengaruhi dunia perdagangan. Misi mereka: Untuk membuat perdagangan boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja, dan mengurangkan pergantungan kepada institusi kewangan tradisional.
-
Sep2007
Platform dagangan visual FX
Penyebaran pertama eToro: Platform dagangan dalam talian yang menjadikan perdagangan mudah difahami, dan juga menyeronokkan, menggunakan penampilan grafik untuk pelbagai instrumen kewangan.
-
Mei2009
WebTrader
eToro melancarkan platform perdagangan yang intuitif, membolehkan sesiapa sahaja, di mana sahaja untuk berdagang aset kewangan secara dalam talian. WebTrader merangkumi alat profesional untuk pedagang yang baru bermula dan yang sudah berpengalaman.
-
Jul2010
OpenBook
Platform dagangan sosial pertama di dunia. Membolehkan sesiapa sahaja di dunia untuk menyertai revolusi Fintech dengan menyalin pedagang lain yang berjaya menggunakan ciri CopyTrader™ yang inovatif. Platform ini telah menarik perhatian global, memenangi Finovate Europe Best of Show untuk tahun 2011.
-
Apr2012
Aplikasi mudah alih eToro
Kedua-dua WebTrader dan OpenBook disediakan melalui aplikasi mudah alih yang mudah. Menggunakan telefon pintar Apple atau Android mereka, pelanggan boleh melakukan apa-apa tindakan pada platform semasa dalam perjalanan.
-
Jul2013
Memperkenalkan saham
Di samping komoditi, mata wang dan aset lain di eToro, pelbagai pilihan saham telah ditambah (dan terus berkembang), membolehkan pedagang mempelbagaikan portfolio mereka lebih jauh dan dengan melabur dalam pasaran saham global.
-
Oct2015
eToro baharu
Mengintegrasikan keupayaan perdagangan dalam talian WebTrader dan ciri dagangan sosial OpenBook ke dalam satu antara muka yang intuitif dan inovatif.
-
Feb2016
Memperkenalkan CopyPortfolio (dahulu dikenali sebagai CopyFund)
Satu produk pelaburan bertema jangka panjang yang baharu. CopyPortfolios adalah portfolio yang diuruskan yang menggabungkan Pedagang Utama atau pelbagai aset di bawah strategi pasaran yang telah ditetapkan. Kebanyakan CopyPortfolios didorong oleh enjin pembelajaran mesin yang berkuasa yang bertujuan untuk menghasilkan pulangan maksimum pada bila-bila masa.
-
Feb2017
Menambahkan Mata Wang Kripto
Selepas merintis dagangan Bitcoin pada tahun 2013 melalui CFD, eToro memperluaskan tawaran mata wang kriptonya, membolehkan pelanggan untuk berdagang dan melabur dalam Ethereum, XRP (oleh Ripple Labs), Litecoin dan lain-lain mata wang kripto yang popular.
-
Jul2018
Platform perdagangan mata wang kripto AS
eToro memulakan Fasa 1 dengan memberikan perkhidmatan kepada pasaran Amerika Syarikat. Membawakan kepada pelanggan AS satu tawaran unik kami dalam mata wang kripto hanyalah satu permulaan! Sila tunggu untuk perkembangan lanjut…