Temui Pasukan eToro

Yoni Assia

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) & PENGASAS
Yoni Assia merupakan CEO eToro, platform perdagangan sosial yang terkemuka di dunia. Yoni telah menunjukkan minat terhadap kewangan dan sains komputer sejak dari usia muda, dan dengan itu, memutuskan untuk menggabungkan minatnya. Yoni adalah ahli YPO dan disertakan oleh Financial News dalam kedudukan Fintech 40 yang berprestij dan oleh City A.M. sebagai penyumbang utama Fintech 100. Beliau berkelulusan B.Sc. dalam Sains Komputer dan Pengurusan serta MSC dalam Sains Komputer.

Ronen Assia

KETUA PEGAWAI PRODUK & PENGASAS BERSAMA
Selama lebih dari 20 tahun, Ronen telah menggabungkan teknologi dan reka bentuk untuk menghasilkan produk yang berfungsi di pelbagai platform. Sebelum turut mengasaskan eToro, Ronen mereka bentuk peranti perubatan, perkakas rumah dan aplikasi desktop dan web. Ronen bertanggungjawab terhadap produk dan kejuruteraan di eToro. Beliau memegang BA dalam Reka Bentuk Perindustrian dari Bezalel Academy of Arts and Design, dan MA dalam Reka Bentuk Produk dari Royal College of Art di London.

Shalom Berkovitz

KETUA PEGAWAI KEWANGAN
Shalom mempunyai 25 tahun pengalaman dalam pengurusan eksekutif. Jawatan terdahulunya termasuk: Ketua Pegawai Eksekutif DSNR Media Group, salah satu agensi media prestasi yang terkemuka di Eropah, dan CFO Golden Pages, di mana beliau telah melaksanakan penghijrahan dari cetakan ke digital dan mengetuai penjualan syarikat itu kepada Babcock & Brown. Shalom memegang MBA dan BSc dalam Kejuruteraan Elektrik.

Avi Sela

KETUA PEGAWAI OPERASI
Avi telah bersama-sama eToro sejak penubuhannya pada tahun 2007. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan eToro EU LTD, dan Pengarah Eksekutif eToro UK LTD. Avi bertanggungjawab terhadap urusan undang-undang, pematuhan, pengurusan pentadbiran, pengurusan risiko operasi dan operasi pembayaran. Beliau memegang ijazah MBA dan LL.B dari universiti terkemuka.

Jonathan Dayan

VP TRADINGNAIB PRESIDEN PERDAGANGAN
Jonathan telah bersama-sama eToro sejak penubuhannya pada tahun 2007. Beliau kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Perdagangan, menguruskan operasi perdagangan, harga, kecairan, dan pasukan yang berurusan di eToro. Jonathan memegang BA dan LLB (Sarjana Muda Undang-Undang & Pengurusan Perniagaan) dan MBA dalam Kejuruteraan Kewangan.

Tal Ben-Simon

NAIB PRESIDEN PRODUK
Tal menyertai eToro pada tahun 2009 dan kini mengetuai Jabatan Produk (pasukan Pengurusan Produk & Rekabentuk Studio), mengurus hayat kitaran hujung ke hujung, dari hala tuju produk ke pelaksanaan. Sebelum menyertai eToro, Tal adalah seorang usahawan yang berjaya. Beliau berkhidmat sebagai Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat permulaan yang mengumpul dana dari dua syarikat modal teroka (VC) dan melancarkan produknya. Tal memegang BA dalam Pentadbiran Perniagaan.

Israel Kalush

NAIB PRESIDEN KEJURUTERAAN
Israel menyertai eToro pada tahun 2014 dan memimpin Jabatan Kejuruteraan termasuk Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Operasi Teknikal dan Keselamatan. Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam bidang keusahawanan, inovasi, membangun produk pemenang anugerah dan peningkatan pendapatan . Yang terbaru, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Dell Software Israel. Israel memegang BA dalam Sains Komputer & Ekonomi.

Miri Kedem

NAIB PRESIDEN SUMBER MANUSIA
Miri menyertai eToro dalam tahun 2009. Beliau mengetuai Jabatan Sumber Manusia dalam semua aspek termasuk pelantikan bakat, latihan dan pembangunan, pengurusan prestasi, program pampasan, perancangan penggantian, hubungan pekerja dan kebajikan. Sebelum menyertai eToro, beliau berkhidmat di Sumber Manusia untuk beberapa syarikat terkemuka termasuk: Fraud Sciences (diambil alih oleh PayPal), Wiseband Communication, Optibase LTD, dan Mercury Interactive (diambil alih oleh HP). Miri memegang BA & LLB, Sarjana Muda Undang-Undang.

Debbie Kahal

PENASIHAT UMUM
Debbie menyertai eToro dalam tahun 2011. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Rakan Kongsi di Kumpulan Corporate and Securities di Meitar, Liquornik, Leshem, dan Geva Tal. Beliau mewakili syarikat dan individu dalam pelbagai transaksi korporat dan komersial antarabangsa dan domestik, termasuk penggabungan dan pengambilalihan, pelaburan modal teroka dan banyak lagi.

Nir Szmulewicz

NAIB PRESIDEN PEMASARAN ATAS TALIAN
Nir menyertai eToro dalam tahun 2011. Beliau mengetuai jabatan pemasaran, yang termasuk pasukan SEM, Sosial, Media, Komuniti, Pengekalan, Rakan Kongsi dan Pertumbuhan. Nir telah berada di bidang Kecerdasan Perniagaan dan pemasaran selama bertahun-tahun dalam pelbagai cabang perniagaan. Nir memiliki MBA dan MSc dalam Penyelidikan Operasi Stokastik.

Etay Cohen

NAIB PRESIDEN KHIDMAT PELANGGAN
Etay menyertai eToro pada tahun 2016 dan bertanggungjawab terhadap kakitangan khidmat pelanggan, termasuk pasukan di Israel, UK, Rusia, China, dan Cyprus (~150 pekerja). Sebelum itu, Etay adalah CEO perniagaan pusat panggilan sebuah syarikat telekom terkemuka, di mana beliau menyelia lebih daripada 1,500 orang. Etay memegang BSc dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.

Santo Politi

AHLI LEMBAGA PENGARAH
Santo merupakan pengasas bersama dan Rakan Kongsi Am di Spark Capital. Beliau mengetuai pelaburan Spark Capital dalam Adap.TV (AOL), Admeld (Google), CT-100/CNET (CBS), IPWireless (General Dynamics), KickApps (KIT Digital), Lexity (Yahoo), Oculus (Facebook) dan OneRiot (Walmart). Santo memegang MBA dalam bidang Kewangan dari The Wharton School di University of Pennsylvania, dan MSc dalam Kejuruteraan Elektrik dari New Jersey Institute of Technology (NJIT).

Avner Stepak

AHLI LEMBAGA PENGARAH
Avner Stepak adalah salah seorang pemegang saham utama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meitav Dash. Avner berkhidmat sebagai Naib Pengerusi syarikat dan bertanggungjawab terhadap strategi korporat dan pembangunan perniagaan, dan memegang MBA dari universiti terkemuka. Di samping itu, Avner adalah seorang usahawan sosial yang aktif memperjuangkan nasib orang kurang upaya.

Eddy Shalev

AHLI LEMBAGA PENGARAH
Pengasas & Rakan Kongsi Urusan, Genesis Partners. Selama hampir dua dekad, Eddy telah memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti swasta dalam sektor berteknologi tinggi, dan telah memainkan peranan penting dalam beberapa kisah kejayaan berprofil tinggi. Eddy memulakan kariernya dengan IBM, di mana beliau telah berkhidmat sebagai Pakar Sistem Besar dan Eksekutif Akaun serta sebagai Perancang Strategik Akaun Besar untuk IBM UK. Eddy memiliki MSc dalam Sistem Maklumat dan BA dalam bidang Statistik.

Iqbal V. Gandham

PENGARAH URUSAN - PERNIAGAAN (WILAYAH UK)
Iqbal menguruskan aktiviti perniagaan eToro di UK. Sebelum eToro, beliau memegang jawatan kanan sebagai CMO dan CTO, selain mengasaskan penubuhan beberapa buah syarikat. Beliau telah mengasaskan perniagaan pengehosan web terbesar India, melancarkan permulaan telekom dan kemudian berkembang menjadi pengkomputeran awan. Berikutan itu, beliau menyertai permulaan baharu yang dinamakan Nutmeg sebagai CMO dan membantu membentuknya sebagai penasihat robo terbesar di UK.

Paul Chrimes

PENGARAH URUSAN - OPERASI (WILAYAH UK)
Paul menyertai eToro pada tahun 2014 dan bertanggungjawab dalam bidang kewangan dan operasi di UK. Jawatan sebelumnya termasuk SVP E*TRADE International, dan COO Swissquote UK, serta jawatan kanan di UBS, NatWest Markets, dan Daiwa Securities. Paul adalah Akauntan Bertauliah yang berkelayakan (KPMG), memiliki BSc dalam Ekonomi & Perakaunan dari Bristol University, dan juga mempunyai pengalaman tinggal dan bekerja di Hong Kong dan Paris.

Jasper Lee

PENGARAH URUSAN (WILAYAH CHINA)
Jasper telah terlibat dalam bidang perdagangan selama 10 tahun. Beliau sebelum ini bekerja di FXCM sebagai Pengurus Besar di China, membuka pejabat pertama di sana. Jasper mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri kewangan di China, merentasi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pendidikan dan penyelesaian institusi. Beliau memegang BBA dalam bidang Kewangan dari City University of Hong Kong.

Guy Hirsch

Pengarah Urusan (Wilayah AS)
Guy membawa kepakarannya yang luas dalam strategi inovasi, pembangunan perniagaan, dan pemasaran produk untuk mengetuai strategi dan operasi eToro di Amerika Utara. Sebelum ini, Guy berkhidmat sebagai Pengarah Strategi Inovasi di Samsung SDS America, selepas menerajui program inovasi runcit Samsung Electronics America. Guy telah mengasaskan dua syarikat permulaan yang membangun dan memasarkan penyelesaian novel bagi jenama Fortune 500. Guy berkelulusan  LL.B dan BA dalam bidang Perniagaan.

Robert Francis

Pengarah Urusan (Wilayah Australia)
Sebelum Robert menyertai eToro pada bulan Jun 2017, beliau telah berkhidmat selama 13 tahun dalam sektor perdagangan mata wang runcit dan pasaran CFD. Robert juga telah berkhidmat untuk broker saham dalam talian terkemuka Australia, Commonwealth Securities, di mana beliau telah menguruskan bahagian Pilihan Dagangan Bursa serta Bahagian Dagangan Antarabangsa. Beliau juga pernah berkhidmat untuk syarikat terkemuka di pasaran kewangan, seperti TD Waterhouse, Astley and Pearce, dan Exco International. Robert memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Universiti Curtin di Australia.

Pelabur Kami