Yuran eToro
Membuka akaun percuma
Menggunakan alat profesional dan kebijaksanaan khalayak
0% komisen ke atas saham
Tiada markup, yuran tiket atau duti setem
Tiada yuran pengurusan
Tiada sama sekali. Walaupun anda menyalin pedagang lain dan melabur dalam portfolio
Membuka akaun di eToro adalah percuma! Tiada yuran pengurusan atau yuran tiket akan dikenakan dan pelaburan saham tidak dikenakan sebarang komisen! Pengeluaran akan dikenakan yuran yang rendah sebanyak $5 dan tidak ada yuran pelepasan.
Mula Berdagang
Yuran lain mungkin akan dikenakan dan disenaraikan di bawah.
Sila klik di sini untuk mengetahui waktu pasaran dan halaman acara
Apabila membeli saham atau ETF di eToro, anda mendapat pemilikan dan aset asas dipegang menggunakan nama anda.
Tiada Komisen
- Tiada yuran pengurusan
- Tiada bayaran tiket
- Tiada yuran rollover
- Tiada yuran broker tambahan
Bersedia untuk melabur dalam pasaran saham global?
Sertai berjuta-juta pengguna eToro dan melabur dalam jenama yang anda suka, di mana sahaja mereka berada.
Komisen sifar bermaksud bahawa tidak ada yuran broker akan dikenakan ketika membuka atau menutup kedudukan dan tidak terpakai untuk kedudukan pendek atau dengan leveraj. Yuran-yuran lain mungkin akan dikenakan. Modal anda dalam risiko.
Untuk pelanggan eToro AUS Capital Pty Ltd. AFSL 491139, hanya saham yang didagangkan di bursa saham AS yang tersedia untuk didagangkan dengan tanpa komisen. Saham-saham lain ditawarkan sebagai derivatif dan dikenakan komisen. Ditawarkan melalui ARSN 637 489 466, dipromosikan oleh eToro Australia Pty Ltd. CAR 001281634. Untuk maklumat tambahan, sila lihat bahagian “yuran-yuran lain” dan CFD
Apabila membeli mata wang kripto di eToro, anda mendapat pemilikan aset*. Yuran dagangan yang dikenakan oleh eToro hanyalah yuran sebaran, seperti yang diperincikan dalam jadual di bawah.
*Semua dagangan yang dilakukan oleh pelanggan di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), dilaksanakan sebagai CFD, tanpa pemilikan aset asas.
Mata Wang Kripto | Sebaran |
---|---|
BTC
Bitcoin
| 0.75 % |
ETHEREUM
Ethereum
| 1.90 % |
BCH
Bitcoin Cash
| 1.90 % |
XRP
Ripple
| 2.45 % |
DASH
Dash
| 2.90 % |
LTC
Litecoin
| 1.90 % |
ETC
Ethereum Classic
| 1.90 % |
ADA
Cardano
| 2.90 % |
MIOTA
IOTA
| 4.5 % |
XLM
Stellar
| 2.45 % |
EOS
EOS
| 2.90 % |
NEO
NEO
| 1.90 % |
TRX
TRON
| 3.5 % |
ZEC
ZCASH
| 3.5 % |
BNB
Binance Coin
| 2.45 % |
XTZ
Tezos
| 5 % |
Mata wang kripto boleh dipindahkan dari platform eToro ke eToro Wallet.
Bersedia untuk menyertai revolusi kripto?
Dagangan mata wang kripto adalah lebih mudah, lebih cepat dan lebih selamat dengan eToro.
Pesanan short selling ke atas mata wang kripto dan dagangan dengan leveraj akan dilaksanakan sebagai CFD yang tidak melibatkan pemilikan aset dan dikenakan yuran semalaman, seperti diperincikan di sini.
CFD merupakan cara yang popular untuk berdagang aset yang berbeza yang membenarkan fleksibiliti yang lebih besar – contohnya, dagangan dengan leveraj dan jualan pendek.
Dagangan CFD tidak melibatkan pengambilalihan aset sebenar, dan melibatkan sebaran dan yuran semalaman.
Sebaran
Sebaran adalah perbezaan antara harga Beli dan Jual bagi aset tertentu. Sebaran adalah cara biasa di mana sesuatu platform dagangan mengenakan yuran.
*Yuran yang dijana daripada sebaran akan dikenakan pada masa penutupan kedudukan. Kemungkinan terdapat keadaan pasaran yang menyebabkan sebaran bertambah di luar nilai sebaran yang dipaparkan.
Yuran Semalaman*
Kedudukan CFD yang kekal terbuka selama semalaman akan dikenakan sedikit yuran, berbanding nilai kedudukannya. Ini pada dasarnya merupakan pembayaran faedah untuk menampung kos leveraj yang anda gunakan selama semalaman.
Yuran dikenakan dalam USD, setiap malam, seunit.
*Yuran boleh berubah pada bila-bila masa dan boleh berubah setiap hari, tanpa notis terlebih dahulu, bergantung kepada keadaan pasaran. Kami menggalakkan anda untuk melawat halaman ini secara berkala untuk kekal dikemas kini berkaitan yuran semasa.
*Sebaran menunjukkan senario terendah yang mungkin terjadi. Sebaran adalah berubah-ubah dan mungkin mengalami turun dan naik.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waktu pembukaan pasaran dan bila yuran semalaman dikenakan, sila rujuk kepada halaman Waktu dan Peristiwa Pasaran.
Contoh
Berminat untuk berdagang CFD?
Tawaran yang pelbagai, platform yang canggih dan mudah digunakan di eToro adalah tempat yang sesuai untuk anda.
CopyTrader™
Apabila menggunakan CopyTrader™, tidak ada bayaran tambahan atau kos tersembunyi.
Sebaran dan yuran semalaman mungkin dikenakan mengikut setiap kedudukan yang disalin seperti yang disenaraikan di halaman ini.
CopyPortfolios
Melabur dalam portfolio bertema utama yang sedia ada.Tiada yuran pengurusan atau sebarang komisen, melainkan yang dikenakan ke atas aset yang terdapat dalam setiap portfolio. Portfolio saham adalah bebas komisen.
Yuran-yuran Lain
Bersedia untuk memulakan dagangan?
Berdagang pelbagai aset dan dapatkan manfaat daripada yuran yang rendah dan sebaran yang kompetitif
FAQ
Anda boleh menyertai eToro secara percuma dan mana-mana pengguna berdaftar akan menerima akaun demo sebanyak $100,000 secara percuma. Walau bagaimanapun, seperti semua platform dalam talian, eToro mengenakan pelbagai sebaran dan yuran untuk sesuatu dagangan dan pengeluaran.
Kadar bida dan minta adalah bersamaan dengan harga BELI/JUAL di eToro. Apabila dalam kedudukan panjang (BELI), kadar MINTA akan digunakan. Apabila dalam kedudukan pendek (JUAL), kadar bida akan digunakan.
Kedudukan CFD yang kekal terbuka selama semalaman akan dikenakan sedikit yuran, berbanding nilai kedudukannya. Ia pada dasarnya merupakan pembayaran faedah untuk menampung kos leveraj yang anda gunakan selama semalaman. Yuran hujung minggu adalah yuran semalaman yang dikenakan untuk mengekalkan kedudukan terbuka pada hujung minggu. Oleh itu, yuran hujung minggu adalah tiga kali ganda yuran semalaman. Yuran hujung minggu dikenakan sama ada pada hari Rabu atau Jumaat, bergantung pada aset tersebut.
Leveraj adalah pinjaman sementara yang diberikan kepada pedagang oleh broker, yang membolehkan pedagang membuka dagangan yang lebih besar dengan jumlah modal pelaburan yang lebih kecil. Leveraj ditunjukkan dalam bentuk pengganda yang menunjukkan berapa besar lagi daripada amaun yang anda laburkan dalam kedudukan yang bernilai.
Sebagai contoh: Sekiranya anda berdagang dengan tiada leveraj sama sekali dan melabur $1,000, untuk setiap 1% pergerakan di pasaran anda boleh mendapat atau kehilangan $10, yang bersamaan dengan 1% dari $1,000. Walau bagaimanapun, jika anda melabur sebanyak $1,000 yang sama dan berdagang menggunakan leveraj x10, nilai kedudukan dolar anda akan bersamaan dengan $10,000.
Untuk butiran lanjut dan contoh, sila klik di sini.
LIBOR adalah kadar penanda aras yang paling biasa digunakan yang diberikan oleh bank ketika mengenakan caj kepada bank lain untuk pinjaman jangka pendek. LIBOR bermaksud Kadar Tawaran Antara Bank London (London Interbank Offered Rate). Terdapat sejumlah 35 kadar LIBOR berbeza yang dipaparkan setiap hari, dari semalaman hingga 12 bulan dan berdasarkan lima mata wang yang berlainan. eToro menggunakan kadar LIBOR USD 1 bulan untuk mengira yuran semalaman untuk saham.
Yuran peralihan (hujung minggu/semalaman) akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan pasaran global. Apabila ini berlaku, kami akan melaksanakan perubahan tersebut. Harap maklum bahawa perubahan yuran selalu berlaku ke atas kedudukan terbuka. Kami menggalakkan anda untuk kekal dikemas kini berkaitan yuran/bayaran balik peralihan semasa dengan memeriksa halaman yuran kami. Sila ambil perhatian bahawa yuran mungkin berubah tanpa notis terlebih dahulu.
eToro beroperasi terutamanya dalam mata wang USD. Oleh itu, apabila deposit atau pengeluaran dilakukan dengan mata wang yang berbeza, ia perlu ditukarkan. Untuk melihat penjelasan terperinci tentang pelbagai yuran pertukaran, sila lihat tab yuran lain.
Sebaran:
Sebaran * Harga dalam USD * Bilangan unit
Yuran semalaman (satu malam):
Yuran * jumlah unit
Di halaman portfolio anda, pada tab sejarah, anda akan dapat melihat yuran yang dibayar untuk setiap dagangan serta yuran keseluruhan untuk tempoh yang berbeza.
Yuran semalaman berada di bahagian bawah tetingkap dagangan apabila anda membuka dagangan baharu.
Yuran semalaman dikenakan pada setiap malam antara Isnin dan Jumaat pada pukul 17:00 petang EST untuk kedudukan CFD terbuka. Yuran hujung minggu (x3) dikenakan pada hari Jumaat bagi kebanyakan saham, ETF dan indeks CFD dan pada hari Rabu untuk Mata Wang Kripto, Komoditi dan Mata Wang. Yuran semalaman untuk minyak dan Gas asli dikenakan pada hari Jumaat. Yuran semalaman untuk mata wang kripto tidak dikenakan pada hari Sabtu dan Ahad.
Sebaik sahaja anda membuka dagangan baharu, anda akan melihat “kerugian” dalam kedudukannya — ini disebabkan oleh sebaran. Walau bagaimanapun, pengiraan akhir sebaran dibuat apabila anda menutup kedudukan dan ia diselaraskan pada masa tersebut, mengikut harga penutupan.
Dapatkan lebih banyak Soalan Lazim di sini.