Mengapa Memilih eToro

Itulah sebabnya mengapa berjuta-juta pengguna berdagang dan melabur dengan kami

 

Mudah

Sejak tahun 2007, eToro secara konsisten telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memastikan platformnya boleh diakses oleh sesiapa sahaja untuk melakukan perdagangan dan pelaburan dalam talian. Dengan mengekalkan keseimbangan antara memberi akses yang mudah kepada para pemula dan meningkatkan unsur-unsur penting bagi pedagang yang lebih berpengalaman, eToro telah memantapkan dirinya sebagai platform perdagangan sosial yang terkemuka di dunia. eToro menawarkan kedua-dua pilihan jangka pendek untuk pedagang harian dan pilihan jangka panjang untuk para pelabur, seperti produk inovatif CopyPortfolios™ – yang merupakan portfolio tematik yang diurus sepenuhnya. Kami juga mengakui bahawa pedagang yang berbeza mempunyai selera risiko yang berbeza, dan menawarkan instrumen yang mempunyai pilihan dari risiko rendah hingga ke risiko tinggi. Alat-alat yang kami tawarkan amatlah mudah untuk digunakan, dan kami menyediakan semua maklumat pada platform yang boleh diakses melalui antara muka web serta dalam aplikasi mudah alih kami. Tidak hairanlah lebih daripada 6 juta orang di seluruh dunia memilih eToro sebagai platform perdagangan pilihan mereka.

Sosial

eToro sangat berbangga dengan ciri-ciri perdagangan sosialnya, membolehkan para pelanggannya mendapat manfaat daripada kebijaksanaan kolektif rangkaian pedagang yang luas. Suapan berita sosial kami, sistem CopyTrader™, dan program Popular Investor menggunakan sepenuhnya potensi platform perdagangan sosial generasi akan datang kami. Dengan ramainya pedagang yang telah berjaya menggunakan platform kami untuk berkongsi strategi mereka, pelanggan eToro mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Inovatif

Sejak tahun 2007, eToro telah berada di barisan hadapan dalam menerajui revolusi fintech:

  • 2007 – Pelancaran platform eToro: Menggemparkan dunia pelaburan tradisional dengan menjadikannya tersedia secara dalam talian kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia.
  • 2009 – WebTrader: Platform perdagangan intuitif dengan alat profesional untuk memberikan kemudahan kepada pedagang yang baru hendak bermula dan juga kepada pedagang yang sudah jauh berpengalaman.
  • 2011 – OpenBook: Platform perdagangan sosial pertama di dunia. Membolehkan sesiapa sahaja untuk menyertai revolusi fintech dengan menyalin pedagang lain yang berjaya. Platform ini telah menarik perhatian global, memenangi Finovate Europe Best of Show untuk tahun 2011.
  • 2012 – Memperkenalkan saham: Di samping komoditi, mata wang dan aset lain di eToro, pelbagai pilihan saham telah ditambah, membolehkan pedagang mempelbagaikan portfolio mereka lebih jauh dan dengan melabur dalam pasaran saham global.
  • 2013 – Aplikasi mudah alih: Setiap ciri di platform eToro disediakan kepada pelanggan di mana sahaja mereka berada, melalui telefon pintar atau tablet Apple atau Android mereka.
  • 2015 – eToro baharu: Mengintegrasikan perdagangan dalam talian dan perdagangan sosial dalam satu antara muka yang intuitif dan inovatif.
  • 2016 – Memperkenalkan CopyPortfolio (dahulunya dikenali sebagai CopyFund): Satu produk pelaburan bertema jangka panjang yang baharu. CopyPortfolio adalah portfolio yang diuruskan yang menggabungkan pedagang utama atau pelbagai aset di bawah strategi pasaran yang telah ditetapkan. CopyPortfolio didorong oleh enjin pembelajaran mesin yang berkuasa yang bertujuan untuk menghasilkan pulangan maksimum pada bila-bila masa.
  • 2017 – CopyPortfolio yang dikuasakan oleh pembelajaran Mesin AI: Dalam usaha untuk terus membangunkan CopyPortfolio, eToro telah menyepadukan teknologi pembelajaran mesin Microsoft ke dalam MomentumDD. Strategi pelaburan CopyPortfolio yang baharu menggunakan kecerdasan buatan untuk mencari pedagang yang paling cemerlang yang berkemungkinan besar akan menghasilkan pulangan dua digit dan memasukkan mereka ke dalam satu portfolio yang diuruskan sepenuhnya.

Bertanggungjawab

Oleh kerana semua dagangan melibatkan risiko dan eToro mahukan pelanggannya membuat keputusan pelaburan yang pintar, platform kami menawarkan pelbagai ciri-ciri perdagangan yang bertanggungjawab. eToro dikawal selia sepenuhnya, mematuhi garis panduan ketat CySEC, FCA dan ASIC. Pedagang permulaan akan menerima bimbingan apabila membuat langkah pertama dalam perdagangan dalam talian, dan pedagang yang sudah berpengalaman akan menikmati ciri-ciri pengurusan risiko untuk membantu mereka berdagang dengan bijak dan bertanggungjawab.

Selamat

eToro mengambil setiap langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan maklumat peribadi dan dana pelanggannya adalah selamat dan terjamin. Kami menggunakan piawaian keselamatan siber tertinggi, manakala dana pelanggan disimpan di tahap 1 bank Eropah.

Peribadi

Kami berada di sini untuk menjawab sebarang soalan. Pasukan perkhidmatan pelanggan kami tersedia 24/5, jadi anda akan mendapat bantuan profesional bila-bila masa anda memerlukannya. Selain itu, kami menyediakan pelanggan-pelanggan kami dengan program pedagang eksklusif dan kemas kini berita kewangan yang kerap.

Pendidikan

eToro menawarkan pelbagai  alat perdagangan dan kursus, untuk memberi anda semua yang anda perlukan untuk menjadi pedagang yang berpengetahuan atau pelabur jangka panjang. Salah satu matlamat utama kami adalah untuk mempromosikan celik kewangan: Kursus kami menawarkan titik permulaan yang mudah ke dalam dunia perdagangan dalam talian, dan akaun latihan percuma kami membolehkan anda berdagang secara dalam talian tanpa risiko kehilangan wang sebenar. Setiap pedagang yang mendaftar dengan eToro menerima akaun wang maya, dikreditkan sebanyak $100,000, supaya mereka dapat mencuba strategi mereka dan mengasah kemahiran mereka sebelum berdagang dengan wang sebenar. Kami juga telah bekerjasama dengan institusi kewangan utama, seperti Sberbank Rusia dan Kumpulan Ping An China, untuk mempromosikan perdagangan dalam talian dan pendidikan kewangan dalam pasaran tersebut.

Kerjasama

Ciri CopyTrader eToro adalah cara yang bijak untuk mengautomasikan beberapa tabiat dagangan anda. Dengan memperuntukkan sebahagian dana anda untuk menyalin tindakan perdagangan pedagang yang berpengalaman, anda boleh mendapat manfaat daripada pengalaman mereka, dan bahkan mengembangkan pengetahuan anda. Ciri-ciri CopyTrader dan Program Popular Investor kami sangat berkesan, kami telah membentuk mereka menjadi satu instrumen kewangan baharu yang dipanggil CopyPortfolios™. Produk pelaburan ini menggunakan algoritma yang canggih untuk mengagregat pengetahuan kolektif para pedagang yang paling berjaya ke dalam satu portfolio terurus sepenuhnya yang anda boleh melabur.

Telus

Satu-satunya cara untuk memastikan bahawa pelanggan kami mendapat manfaat sepenuhnya daripada ciri-ciri sosial dan mempunyai semua maklumat yang mereka perlukan untuk menggunakan mereka, adalah dengan beroperasi dengan penuh ketelusan. Di eToro, setiap pelanggan yang boleh disalin mempunyai profil mereka tersedia untuk dilihat oleh semua pengguna lain, termasuk maklumat berharga seperti prestasi masa lalu, keuntungan, skor risiko, kepelbagaian portfolio dan banyak lagi. Di samping itu, eToro tidak mempunyai yuran atau komisen tersembunyi, dan semua pembayaran diterangkan secara jelas dan mudah.