Tingkatkan portfolio anda dengan dagangan CFD

Temui manfaat unik platform dagangan CFD eToro. Inovatif, dikawal selia dan diperibadikan untuk semua keperluan perdagangan anda.

Cipta akaun percuma anda

Perdagangan CFD di eToro menawarkan banyak pilihan kepada para pedagang yang tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan pelaburan tradisional

Apakah itu Dagangan CFD?

Dagangan CFD adalah kaedah perdagangan di mana individu terlibat dalam kontrak dengan broker CFD, berbanding membeli aset asas secara langsung. CFD adalah ringkasan bagi perkataan “Kontrak untuk Perbezaan.”

Apakah itu Dagangan CFD?

Mengapa berdagang CFD?

  • Menggunakan leveraj

    Dapatkan pendedahan yang lebih besar dengan modal yang kurang

  • Lakukan dagangan panjang atau pendek

    Ambil kesempatan daripada semua pergerakan pasaran

  • Mempelbagaikan dengan mudah

    Berdagang pelbagai pasaran dan aset

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, CFD telah menjadi cara yang paling popular bagi pelabur dalam talian untuk berdagang komoditi, indeks, mata wangdan saham. Oleh kerana dagangan CFD tidak melibatkan aset sebenar dan beroperasi secara bebas dari pasaran, ia membolehkan fleksibiliti yang lebih besar berbanding dagangan tradisional – contohnya, akses ke pasaran asing, dagangan menggunakan leveraj, saham pecahan dan jualan pendek.

Bersedia untuk bermula?

Pilih platform dagangan CFD terbaik

  • eToro merupakan broker yang dikawal selia oleh pelbagai pihak dan dipercayai oleh berjuta-juta pengguna
  • Berdagang mata wang, komoditi, saham, indeks dan banyak lagi dalam satu portfolio
  • Lindungi pelaburan anda dengan ciri-ciri pengurusan risiko yang canggih seperti peringatan masa nyata dan hentikan kerugian yang disesuaikan
  • Pengguna eToro boleh menggunakan leveraj sehingga 1:30.* Menjadi Pelanggan Profesional untuk mengakses leveraj yang lebih tinggi
  • Cuba akaun demo eToro sebanyak$100,000 untuk merasakan sendiri dagangan CFD tanpa risiko
  • CopyTrader™ eToro yang inovatif membolehkan anda mengikuti pedagang lain dan menyalin dagangan mereka secara automatik dalam masa nyata
  • Pasukan perkhidmatan pelanggan yang penuh dedikasi 24 jam sehari, Isnin hingga Jumaat

* Di bawah kawal selia ESMA. Untuk maklumat lanjut mengenai batasan yang berkaitan, sila klik di sini.

Bersedia untuk bermula?
Pilih platform dagangan CFD terbaik

Kami adalah SEBAIK

sepertimana yang pelanggan kami KATAKAN

Yuran yang rendah, selamat
Yuran yang rendah, selamat dan banyak dagangan yang tersedia
Mudah dan Pantas
Mudah dan Pantas
Sokongan yang sangat baik
Sokongan hebat sepanjang masa
Platform dagangan terbaik
eToro adalah platform terbaik untuk semua pedagang komoditi, kripto atau mata wang, mudah digunakan, tiada caj tersembunyi… hanya yang terbaik

Bersedia untuk memulakan dagangan CFD di eToro?

Cipta akaun percuma anda

Ciri-ciri inovatif dan mesra pengguna kami menjadikannya mudah untuk sesiapa sahaja berdagang CFD dalam komoditi, mata wang, indeks dan banyak lagi

Tingkatkan akses anda ke pasaran dan aset

Mudah mempelbagaikan portfolio anda dengan aset daripada pelbagai kelas dan pasaran asing, semuanya pada satu tempat. Urus niaga CFD adalah secara serta-merta dan sangat cair, menghapuskan kerumitan memperoleh aset asas, seperti minyak atau emas. Gunakan leveraj untuk meningkatkan pendedahan anda dengan hanya sebahagian kecil daripada modal yang dilaburkan.

Mula Berdagang
Tingkatkan akses anda ke pasaran dan aset

CFD utama untuk didagangkan

Ini bukan satu nasihat pelaburan..

Alat untuk membantu anda melonjakkan dagangan CFD anda ke tahap yang baharu

  • Pengurusan risiko tersuai

    Tetapkan ‘Jejak Hentikan Kerugian’ dan Ambil Keuntungan untuk menyesuaikan strategi anda dan secara automatik melindungi pelaburan anda

  • Alat analisis canggih

    Dari pelbagai carta profesional ke konsensus penganalisis dan urus niaga dalaman — dapatkan semua data yang anda perlukan di hujung jari anda

  • Ciri-ciri pelaburan yang inovatif

    Tingkatkan kuasa dagangan anda dengan Dagangan Satu Klik, peringatan masa nyata yang disesuaikan dan suapan interaktif secara langsung

Jangan sekali-kali berdagang CFD secara berseorangan

Dengan eToro, platform dagangan sosial terkemuka, anda boleh berhubung, berkongsi strategi dan membincangkan dagangan CFD dengan berjuta-juta pengguna lain. CFD juga menyediakan fleksibiliti yang membolehkan anda menyalin tindakan pedagang lain dengan ketepatan yang tinggi, secara automatik dalam masa nyata. Menyalin pedagang yang berpengalaman adalah cara yang baik bagi seorang pemula untuk memulakan dagangan CFD.

Prestasi masa lalu bukanlah petunjuk kejayaan masa depan. Ini bukan satu nasihat pelaburan.

Nikmati fleksibiliti kewangan yang lebih besar

Pengguna eToro mempunyai keupayaan untuk membeli saham pecahan, yang bermaksud bahawa harga belian untuk berdagang aset adalah jauh lebih rendah. Digunakan dengan bijak, leveraj membolehkan pengguna mengambil kesempatan daripada pasaran tanpa melaburkan sejumlah besar dalam modal permulaan.

Lihat struktur harga eToro di sini.

Bersedia untuk memulakan dagangan CFD di eToro?

Cipta akaun percuma anda

Kami akan membantu menjawab soalan anda supaya anda boleh mula membina portfolio dagangan CFD anda hari ini

  • Apakah itu Dagangan CFD?

    Dagangan CFD adalah satu kaedah yang membolehkan individu untuk berdagang dan melabur dalam aset dengan melibatkan diri dalam kontrak antara mereka dan broker, berbanding memperoleh aset secara langsung. Pedagang dan broker bersetuju antara mereka untuk meniru keadaan pasaran dan menyelesaikan perbezaan di antara mereka apabila kedudukan ditutup. CFD (singkatan untuk perkataan “Kontrak untuk Perbezaan”) menawarkan para pedagang dan pelabur peluang untuk mendapat keuntungan dari pergerakan harga di pasaran kewangan tanpa memiliki instrumen yang mendasarinya.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dagangan CFD, sila klik di sini.

  • Bagaimanakah CFD berfungsi?
    1. edagang memilih aset yang ditawarkan sebagai CFD oleh broker. Ia boleh menjadi saham, indeks, mata wang atau apa-apa aset lain yang dimiliki broker dalam pilihan mereka.
    2. Pedagang membuka kedudukan dan menetapkan parameter seperti sama ada kedudukan panjang atau pendek, leveraj, jumlah yang dilaburkan dan parameter lain bergantung pada broker.
    3. Kedua-duanya terlibat dalam kontrak, menyetujui mana-mana harga pembukaan untuk kedudukan itu dan sama ada melibatkan bayaran tambahan atau tidak (seperti yuran semalaman).
    4. Kedudukan ini dibuka dan tetap terbuka sehingga sama ada pedagang memutuskan untuk menutupnya atau ditutup oleh arahan secara automatik, seperti mencapai tahap Hentikan Kerugian atau Ambil Keuntungan atau pada masa berakhirnya kontrak.
    5. Sekiranya kedudukan itu ditutup dengan keuntungan, broker akan membayar pedagang. Jika ia ditutup dengan kerugian, broker akan mengenakan caj kepada pedagang untuk perbezaannya.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana CFD berfungsi, sila klik di sini.

  • Apakah aset yang boleh saya dagangkan sebagai CFD?

    eToro menawarkan dagangan CFD dengan mata wang, komoditi, indeks, saham dan mata wang kripto.

  • Adakah terdapat aset yang hanya boleh didagangkan sebagai CFD?

    Ya. Sebagai contoh, indeks seperti DJ30 atau SPX500, bukan merupakan aset fizikal sebenar – anda tidak boleh memiliki indeks tersebut secara fizikal. Walau bagaimanapun, dengan CFD, anda boleh membuat spekulasi mengenai prestasi indeks, yang membolehkan anda melabur bukan hanya dalam satu saham tetapi seluruh sektor ekonomi negara.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan dagangan yang dileveraj?

    Berdagang menggunakan leveraj bermakna menggunakan modal yang dipinjam daripada broker apabila membuka kedudukan. Kadang-kadang pedagang mungkin ingin menggunakan leveraj untuk memperoleh lebih banyak pendedahan dengan ekuiti yang minimum, sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan mereka. Leveraj digunakan dalam gandaan ke atas modal yang dilaburkan oleh pedagang, sebagai contoh 2x, 5x, atau lebih tinggi dan broker meminjamkan jumlah ini kepada pedagang pada nisbah tetap. Leveraj boleh digunakan pada kedudukan beli (panjang) dan pendek (jual). Adalah penting untuk diingatkan bahawa apa-apa kerugian akan digandakan dan begitu juga dengan keuntungan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai leveraj, sila klik di sini.

  • Apakah jualan pendek?

    “Jualan pendek,” atau “pendek,” adalah amalan yang membolehkan pedagang membuka kedudukan yang akan meningkatkan nilai jika harga instrumen kewangan turun. Ini digunakan sama ada apabila pasaran jatuh, atau sebagai alat lindung nilai.

    Salah satu kelebihan besar melabur dalam CFD, dan bukannya dalam pasaran seperti komoditi atau saham, adalah anda juga boleh mendapat keuntungan daripada kejatuhan pasaran. Perlu diingatkan, CFD adalah Kontrak Untuk Perbezaan, dan perbezaan tersebut boleh bergerak dalam mana-mana arah. Jadi, anda boleh melabur dalam kemungkinan harga naik (pesanan “beli” atau “panjang”) atau jatuh (pesanan “jual” atau “pendek”), bergantung kepada apa yang anda fikir mungkin berlaku.

  • Apakah saham pecahan?

    Dengan CFD anda sebenarnya tidak membeli atau memiliki sesuatu instrumen, jadi anda tidak mengalami masalah kenaikan harga tinggi keseluruhan saham. CFD membolehkan untuk membeli atau menjual sebahagian — atau sebahagian kecil — daripada sesuatu saham. Sebagai contoh, jika harga satu bahagian saham Google adalah $1,000, di eToro anda boleh memilih untuk melabur $50 dalam saham Google dengan leveraj 1:10, dengan itu, memegang nilai $500 saham Google (separuh daripada satu saham) dalam portfolio anda.

  • Adakah dagangan CFD sah di sisi undang-undang?

    Kesahihan dagangan CFD berbeza mengikut negara, tetapi terdapat banyak negara di mana ia dibenarkan dari segi undang-undang apabila dikawal selia dengan baik. eToro dikawal selia sebagai broker CFD oleh CySEC, FCAdan ASIC. eToro menawarkan dagangan CFD di UK, Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali, Australia dan banyak negara lain.

  • Adakah dagangan CFD selamat?

    Mana-mana pelaburan kewangan melibatkan risiko dan begitu juga dengan CFD. Aset CFD yang didagangkan tanpa leveraj mempunyai risiko yang sama dengan aset yang didagangkan secara langsung. Di eToro contohnya, anda boleh melabur dalam mana-mana aset tanpa mengenakan sebarang leveraj. Bagaimanapun, dagangan CFD dengan leveraj meningkatkan pendedahan pasaran anda, dengan demikian, meningkatkan risiko anda.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana leveraj berfungsi, sila klik di sini.

  • Apakah bayaran yang perlu saya bayar bagi dagangan CFD?

    eToro tidak mengenakan sebarang bayaran deposit atau yuran dagangan selain dari sebaran. eToro mengenakan bayaran semalaman/hujung minggu untuk kedudukan CFD. Untuk melihat harga tertentu mengikut aset, sila klik di sini.

  • Bersedia untuk memulakan dagangan CFD di eToro?

    Bersedia untuk memulakan dagangan CFD di eToro?