Garis Panduan Komuniti

Platform eToro adalah satu tempat untuk pedagang dan penyalin berkongsi maklumat dan belajar antara satu sama lain. Untuk memastikan suasana tetap menyeronokkan, dan kandungannya sangat berharga kepada semua pihak, kami telah mewujudkan satu set Garis Panduan Komuniti seperti yang tertera di bawah. Dasar-dasar ini akan membantu anda memahami jenis perkongsian yang boleh diterima di eToro, dan jenis kandungan yang mungkin ditandai, dikeluarkan atau menyebabkan akses terhad.

  • Apa yang sangat dialu-alukan untuk anda lakukan

Menjadi seseorang yang membina

Kami adalah tempat berkumpul kepada ramai pedagang dari pelbagai kumpulan umur, budaya, gaya hidup dan pelbagai pendapat tetapi kami semua berkongsi minat yang sama dalam perdagangan pasaran. Sila bersikap sopan dan menghormati idea, komen atau aktiviti dagangan orang lain – walaupun perkara tersebut tidak seiring dengan pendapat anda sendiri. Anda digalakkan untuk berkongsi pandangan dan maklum balas anda tetapi sila lakukannya dengan cara yang berhemah dan tidak mengganggu orang lain.

Galakkan perbincangan

Kami menggalakkan anda untuk berbincang dan mencabar idea-idea, strategi dan aktiviti-aktiviti pasaran sejurus ia berlaku.

Pastikan ia relevan

Bertanyakan soalan sekiranya anda tidak pasti mengenai sesuatu perkara tetapi perbincangan tersebut hendaklah di landasan yang betul dan pastikan anda meletakkan maklumat di tempat yang betul. Jangan mengganggu perbualan orang lain atau menggunakan suapan pasaran untuk komen peribadi atau yang tidak relevan. Ini termasuk menandakan suapan pasaran dalam kisah perdagangan anda, menggunakannya untuk mempromosikan hasil anda sendiri (lihat Spam) atau bertanya soalan-soalan umum pada perbincangan yang sudah jelas difokuskan.

Jangan malu sekiranya anda baru bermula

Tanyakan soalan dan dapatkan penjelasan mengenai peristiwa yang telah berlaku sekiranya anda tidak pasti apakah yang mereka maksudkan atau apakah keputusan yang diramalkan akan berlaku dan mengapa.

Meningkatkan pendedahan portfolio anda kepada Komuniti

Sekiranya anda ingin mendapatkan pengikut di eToro, jangan ragu-ragu untuk menggunakan tip ini:

  • Muat naik gambar diri anda dan pastikan nama anda jelas kelihatan, melalui Tetapan > Privasi, untuk membina kepercayaan.
  • eToro menggalakkan perdagangan yang bertanggungjawab. Tampilkan diri anda sebagai seorang pedagang yang bertanggungjawab kepada mereka yang melawat profil anda. Kongsi pendapat dan penjelasan tentang perdagangan anda di dinding anda. Ini akan membina reputasi anda dan memberi gambaran yang jelas kepada mereka yang menyalin anda.
  • Mengambil bahagian dalam perbualan dan membantu orang lain dengan soalan mereka.
  • Kongsi tindakan dan komen anda di Facebook dan Twitter untuk menarik penyalin yang baharu. Semak apakah promosi yang tersedia untuk semua wilayah dan kongsikannya dengan rakan-rakan anda.

  • Apakah yang tidak boleh dilakukan:

Jangan memarahi orang lain!

Kawal kekecewaan anda dan jangan melepaskan perasaan marah anda kepada pedagang lain. eToro bukanlah tempat untuk mengganggu atau menyalahgunakan orang lain. Sekiranya maklum balas anda tidak diterima dengan baik, jangan meneruskannya atau mengganggu sesiapa pun.

Jangan gunakan eToro untuk melakukan spam atau meminta-minta

Jangan melakukan promosi, meminta atau menjual, sebarang produk atau perkhidmatan luaran melalui eToro kepada pengguna-pengguna lain. Kami mendefinisikan permintaan sebagai pautan penyebaran, berkongsi imej, atau menggalakkan orang lain untuk melawat atau menggunakan platform atau perniagaan lain. Pautan yang dikongsi hendaklah hanya untuk blog atau laman web pasaran/berita lain; sebarang pautan ke laman web perniagaan akan dikeluarkan dan mungkin menyebabkan akses anda dihadkan.

Apabila berkongsi pautan, sertakan sedikit maklumat atau penjelasan mengenai maklumat yang anda kongsikan. Sebarang pautan tanpa disertakan penerangan atau penjelasan yang jelas mungkin akan dipadam.

Kami mentakrifkan spam sebagai komen yang tidak diminta yang dilakukan secara berulang (misalnya “membeli atau menjual” atau “menyalin saya”), menandakan beberapa suapan pasaran dalam komen yang tidak relevan dan menggunakan suapan pasaran dan perbincangan orang lain untuk mempromosikan diri sendiri.

Jangan berkongsi butiran peribadi

Jangan berkongsi data peribadi dan maklumat akaun anda seperti kaedah pembayaran, salinan pasport atau sebarang maklumat hubungan peribadi, seperti alamat e-mel, nombor telefon (termasuk WhatsApp) dan ID mesej segera (cth. Skype, BBM, dll.) di Suapan eToro.

Kami mungkin membenarkan pautan media sosial peribadi, seperti pengendalian Twitter, laman Facebook dan nama pengguna Instagram, tertakluk kepada semakan.

Anda juga dilarang untuk menggalakkan atau meminta maklumat peribadi/butiran hubungan dari pengguna lain. Kami juga menganggap perkara tersebut sebagai pelanggaran Garis Panduan Komuniti.

Jangan mengucapkan kata-kata yang tidak senonoh

Kami meminta supaya anda tidak menggunakan bahasa lucah atau yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Kandungan sedemikian akan dipantau.

Jangan menyiarkan maklumat yang mengelirukan tentang akaun anda dan/atau kemahiran dagangan anda

Kami menggalakkan penampilan sebenar tentang sejarah/keupayaan perdagangan anda, dan pengguna lain bergantung pada maklumat yang diberikan pada profil anda. Jangan berkongsi maklumat yang palsu atau mengelirukan mengenai keadaan perdagangan atau sejarah perdagangan anda.

Jangan menampilkan diri anda dengan menggunakan logo atau apa-apa aset jenama lain dalam avatar atau komen anda. Kandungan sedemikian akan dipadam.

Sekiranya maklumat yang mengelirukan diterbitkan, kami akan meminta anda untuk menyiarkan maklumat yang tepat atau akan berbuat demikian bagi pihak anda sekiranya anda tidak mematuhi. eToro berhak untuk memadam dan/atau memberi komen mengenai sebarang kandungan yang mengelirukan.

Jangan membuat janji-janji palsu

Bergantung pada keputusan masa lalu anda di eToro dan elakkan penggunaan janji palsu dan menarik bagi tujuan mengumpulkan penyalin. Ini termasuk apa-apa sindiran atau jaminan keputusan masa depan. Kami akan memadam apa-apa kandungan yang sedemikian.

Jangan cuba untuk melakukan Provokasi

Kami sentiasa menghargai maklum balas, dan kritikan yang membina amatlah dialu-alukan. Walau bagaimanapun, anda tidak sepatutnya cuba untuk melakukan Provokasi! Apakah yang dimaksudkan dengan Provokasi? Ia adalah perbuatan sengaja dengan membuat komen yang menghasut atau provokatif, hanya untuk melakukan perbincangan yang tidak sihat, atau mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan Provokasi di eToro.

Sekiranya anda sedang mencari Perkhidmatan Pelanggan

Suapan eToro bukanlah tempat untuk bertanyakan soalan-soalan teknikal atau yang berkaitan dengan akaun. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan khusus mengenai akaun atau dagangan anda, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami dengan mengklik di sini.

Tidak mematuhi Garis Panduan Komuniti

Ulasan, komen, avatar dan bios yang tidak mematuhi Garis Panduan ini boleh diedit atau dipadam oleh Pasukan Kesederhanaan eToro. Penyalahgunaan Garis Panduan yang berterusan akan menyebabkan akses anda dihadkan. Sekiranya terdapat mana-mana ahli Pasukan Komuniti eToro menimbulkan sebarang isu seperti di atas dan kami mendapati bahawa kelakuan tersebut dilakukan secara berterusan, ini juga akan menyebabkan kandungan tersebut dipadam atau akses dihadkan.

Sekiranya anda dilarang daripada menyertai komuniti, dan anda tidak pasti mengapa, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami.